GM mahu bebas karbon menjelang 2040

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada Nissan yang telah pun mengumumkan pelan sifar karbon menjelang tahun 2050, General Motors juga dalam masa yang sama turut mengumumkan perancangan yang serupa, akan tetapi dalam tempoh yang lebih awal menjelang 2040.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sehubungan dengan itu, General Motors akan berusaha untuk menghentikan secara terus pelepasan emisi daripada kenderaan tugas ringan pada tahun 2035, di mana ia merangkumi 75 peratus daripada jumlah pelepasan karbon syarikat tersebut.

Ini bermakna, kenderaan tugas berat seperti trak Silverado 2500 dan 3500 berkemungkinan besar masih lagi kekal dengan penawaran enjin pembakaran dalaman selepas tahun 2030.

Namun, GM dalam masa yang sama turut mahu mencapai sasaran penjualan EV sebanyak 40 peratus daripada jumlah model yang ditawarkan di Amerika Syarikat, selain menawarkan 30 produk EV di peringkat global.

Untuk itu, GM kini bekerjasama dengan syarikat penyedia perkhidmatan pengecasan EVgo untuk menambah kira-kira 2,700 unit pengecasan pantas menjelang 2025, di mana kesemua fasiliti ini akan menggunakan 100 peratus tenaga yang boleh digunakan semula.

Dari perspektif operasi, GM juga merancang untuk bertukar kepada penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui di kesemua fasilitinya menjelang 2030 di Amerika Syarikat, dan 2035 di peringkat global.

Sumber: Japan Today

Berita Berkenaan

Berita Global
General Motors yang kini telah mempunyai rancangan untuk mengendalikan empat loji bateri di sebuah…
Berita Global
Cruise itu yang bergerak sendiri tanpa pemandu, tidak berhenti dan terus melanggar wanita tersebut…
Berita Global
  Kenderaan tanpa pemandu yang digunakan ialah Cruise Origin dan dibangunkan secara bersama oleh…