GM perkenal logo baharu sebagai meraikan kedatangan era EV

oleh Mohamad Hanif|
Setelah hampir enam puluh tahun, General Motors kini tampil dengan penjenamaan semula logo baharu sebagai tanda meraikan kehadiran masa hadapan yang lebih digital dan elektrifikasi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh GM, logo baharu itu menandakan langit yang lebih cerah daripada masa hadapan emisi sifar.

Manakala huruf m yang digarisbawah itu merupakan gambaran visual terhadap platform Ultium selain mengekalkan identiti logo GM yang telah pun dikenali sejak zaman berzaman.

 


Ia juga merupakan sebahagian daripada kempen terbaharu GM "Everybody In" yang diharapkan dapat menarik minat generasi baharu terhadap jenama tersebut, selain  memfokuskan kepada usaha GM dalam membangunkan EV dan platform Ultium.

Menurut GM lagi, mereka merancang untuk melancarkan 30 unit kenderaan elektrik di peringkat global menjelang akhir tahun 2025 yang terdiri daripada pelbagai jenama yang bernaung di bawah GM.

Logo baharu GM ini akan mula diimplementasikan bermula 11 Januari ini menerusi media digital, sementara logo fizikal yang terpasang di bangunan akan digantikan secara berperingkat.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Lamborghini, identiti logo baharu itu akan digunakan pada semua keretanya mulai sekarang…
Berita Global
Daripada dua model tersebut, kita dapat melihat penampilan logo "H" baharu Honda yang bakal…
Berita Global
Bagi rakyat Malaysia, jenama pengeluar Geely sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi apabila…