Goodyear Assurance DuraPlus 2 dengan harga bermula dari RM136

oleh SALINA JALIL|
Goodyear Malaysia telah mengemaskini pengeluaran DuraPlus 2, yang dilengkapi dengan Teknologi TredLife yang telah direka untuk memberikan perbatuan dan ketahanan yang lebih lama.


Dengan penggunaan reka bentuk bunga yang inovatif, berbentuk kaviti dan penggunaan bahan kompaun yang dirumuskan semula, tayar Assura DuraPlus 2 mampu bertahan sehingga 110,000 km, tanpa menjejaskan keselamatan dan prestasi.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

p1

 

Pengarah Urusan Goodyear Malaysia, Alex Ng berkata: "Di Goodyear, kami mempunyai komitmen untuk terus berinovasi. Kami menghasilkan tayar yang pertama di bulan sehingga tayar Aero untuk kereta terbang, kami sentiasa di barisan hadapan dalam inovasi teknologi tayar.

 

 

Dengan DuraPlus 2 kami masih komitmen untuk menghasilkan teknologi terbaharu dan mampu menawarkan jangka hayat yang lebih lama, memberikan cengkaman yang lebih optimum, mengurangkan kadar bunyi bising dan memberikan ketenangan pemanduan."

 


Corak bunga pada Assurance DuraPlus 2 dilengkapi dengan reka bentuk simetris yang mempunyai bunga yang lebih lebar dan besar. Sekaligus, ia  menjadikan kawasan permukaan tayar lebih besar dan bersentuhan dengan jalan pada setiap masa, dan memberikan kadar fleksibiliti yang lebih tinggi bagi permukaan jalan yang tidak rata.
 

 

 

Di samping itu, bentuk kaviti juga telah dipertingkatkan untuk memberikan jejak kaki yang lebih tepat dan seimbang untuk mengimbangi tekanan supaya ia terbahagi sama rata dan secara tidak langsung dapat memberikan had perbatuan yang lebih panjang.

 

 

Jalur getah di antara lapisan dan liner juga adalah salah satu faktor di mana bunyi bising dapat dikurangkan dan berjaya menyerap gegaran.

 

 

Goodyear Assurance DuraPlus 2 kini boleh didapati di semua pusat Goodyear AutoCare di seluruh Malaysia, dengan saiz antara 13 hingga 16 inci peruncitan antara RM136.00 hingga RM293.00.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mulai hari ini hingga 15 Mei 2024, pelanggan yang membeli empat biji tayar pengguna Goodyear…
Berita Domestik
Menurut pengumuman dari Nathaniel Madarang, Presiden untuk GoodYear Asia Pasifik, tindakan itu…
Informasi
Untuk itu, pemilihan tayar pastinya menjadi aspek penting untuk memastikan keselesaan dan…