Goodyear Assurance Maxguard - Tayar bagus tak semestinya mahal

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Bagi setiap pemilik kereta, ketenteraman dalam pemanduan pastinya menjadi perkara utama terutama sekali untuk menempuh perjalanan jauh bersama ahli keluarga tercinta.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk itu, pemilihan tayar pastinya menjadi aspek penting untuk memastikan keselesaan dan keselamatan sepanjang pemanduan.

Saban hari, kita sedia maklum bahawa hampir semua aspek melibatkan kehidupan seharian berdepan dengan kadar kenaikan hingga ada yang terpaksa berjimat untuk menempuh hari-hari mendatang.

Seperti kebanyakan barangan lain, tayar kereta turut terkesan dengan kenaikan harga, hingga ada pemilik yang sanggup memilih untuk menggunakan tayar yang terlalu murah tanpa memikirkan risiko keselamatan.

 

2

 

Satu perkara yang perlu diingatkan, nyawa anda dan keluarga adalah tidak ternilai, jadi tidak salah untuk anda mengambil sebanyak mungkin langkah pencegahan bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

Bila sebut tentang tayar, jenama Goodyear pastinya nama lazim yang sering didengar, dan pastinya hampir semua pemilik kereta memiliki pengalaman dengan produk Goodyear.

Tahukah anda? Jenama Goodyear telah menyambut ulang tahunnya yang ke-125 pada September tahun lalu, di mana rangkaian produknya telah menjadi sebahagian sejarah penting dunia.

Sempena sambutan ulang tahun itu juga, Goodyear telah melancarkan empat buah tayar serba baharu, termasuk untuk golongan marhaen iaitu Assurance MaxGuard.

 

3

 

Assurance MaxGuard merupakan penambahan terbaharu ke dalam keluarga tayar Assurance yang direka untuk menawarkan perlindungan dua-dalam-satu, selain jarak perbatuan yang terbaik di dalam kelasnya.

Terbukti antara yang terbaik di dalam kelasnya, Assurance MaxGuard hadir dengan naik taraf dan inovasi Goodyear yang merangkumi teknologi perlindungan dua dalam satu.

Teknologi ActiveGrip yang diinspirasikan daripada tayar konsep Goodyear 360 itu menawarkan jarak pemberhentian yang lebih pendek di atas laluan basah, selain meningkatkan tahap sentuhan getah dengan jalan raya.

Sementara teknologi binaan dua lapis DuraGuard menjadikan tayar MaxGuard ini lebih kuat dan tahan lasak, serta memberikan perlindungan berganda terhadap impak jalan raya.

 

4

 

Pengenalan tayar baharu itu selaras dengan komitmen berterusan Goodyear untuk berusaha dan berinovasi demi meningkatkan pengalaman pemanduan yang terbaik terbukti dengan penghasilan kualiti tayar yang tiada tandingan.

Goodyear Assurance MaxGuard hadir dengan 18 pilihan saiz, dengan harga ditawarkan bermula dari RM250 sahaja.

Saksikan sendiri ulasan oleh Hezeri mengenai Goodyear Assurance MaxGuard dalam video di bawah:

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mulai hari ini hingga 15 Mei 2024, pelanggan yang membeli empat biji tayar pengguna Goodyear…
Berita Domestik
Menurut pengumuman dari Nathaniel Madarang, Presiden untuk GoodYear Asia Pasifik, tindakan itu…
Berita Domestik
Ianya selaras dengan komitmen berterusan Goodyear untuk berusaha dan berinovasi demi meningkatkan…