Goodyear bakal lancar produk baharu sempena ulang tahun ke-125

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Pengeluar tayar ternama dunia, Goodyear bakal memperkenalkan rangkaian produk baharunya untuk pasaran Malaysia pada bulan September ini sempena sambutan ulang tahun yang ke-125.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ianya selaras dengan komitmen berterusan Goodyear untuk berusaha dan berinovasi demi meningkatkan pengalaman pemanduan yang terbaik terbukti dengan penghasilan kualiti tayar yang tiada tandingan.

Rangkaian produk baharu itu merangkumi tayar dengan inovasi terini yang telah direka dengan teliti untuk memenuhi keperluan pelanggan yang dan memberikan pengalaman pemanduan yang tiada tandingan dari segi prestasi, ketepatan, dan keselamatan.

 

2

 

Pelancaran barisan produk terbaharu itu bakal membuktikan komitmen Goodyear terhadap kecemerlangan bersama visi mereka untuk meningkatkan pengalaman pemanduan untuk semua pemandu Malaysia.

Sejak penubuhannya pada tahun 1898 di Ohio, USA, Goodyear telah melebarkan sayapnya menjadi sebuah syarikat multinasional dengan kehadiran global dengan penghasilan berjuta-juta tayar yang telah merevolusikan industri automotif.

Sepanjang sejarahnya, Goodyear telah melangkaui sempadan secara konsisten dengan pengenalan teknologi terkini seperti penghasilan tayar untuk kenderaan mobiliti lunar NASA untuk yang digunakan di permukaan bulan (moon tyres), tayar pelbagai konsep, tayar tanpa udara, tayar kempis, dan banyak lagi.

 

3

 

Kemajuan inovasi itu sekaligus meningkatkan pengalaman pemanduan di seluruh dunia, serta mengukuhkan reputasi Goodyear sebagai perintis dalam penerokaan teknologi tayar.

Goodyear mula menembusi pasaran tempatan pada tahun 1972 melalui pembukaan kilang pertamanya di Shah Alam.

Selain pelancaran rangkaian produk baharu, Goodyear turut menghasilkan satu siri dokumentari bertajuk Goodyear: 125 Years in Motion.

 

4

 

Dokumentari dengan tujuh bahagian itu bertujuan untuk membolehkan pelanggan meneroka secara eksklusif tentang sejarah selama 125 tahun Goodyear mencapai setiap inovasi dan kejayaan.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang penglibatan Goodyear dalam evolusi tayar melalui siri dokumentarinya, layari laman web INI.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mulai hari ini hingga 15 Mei 2024, pelanggan yang membeli empat biji tayar pengguna Goodyear…
Berita Domestik
Menurut pengumuman dari Nathaniel Madarang, Presiden untuk GoodYear Asia Pasifik, tindakan itu…
Informasi
Untuk itu, pemilihan tayar pastinya menjadi aspek penting untuk memastikan keselesaan dan…