Baru-baru ini, Goodyear selaku sebuah syarikat pembuat tayar yang cintakan kepada alam sekitar telah mendermakan tayar kepada Sekolah Kebangsaan Seksyen 20, Shah Alam.
Langkah ini merupakan sebahagian daripada aktiviti rekreasi dan bengkel latihan bagi memupuk kepentingan program kitar semula di kalangan para pelajarnya.
Selain daripada tujuan praktikal dan latihan amali, pihak sekolah juga menggunakan sebahagian daripada tayar yang diderma untuk tujuan menghias kawasan persekitaran sekolah seperti ukiran arca.
Idea ini diinspirasikan daripada dua hasil karya yang dibuat oleh pengukir professional yang diperbuat sepenuhnya daripada tayar Goodyear di acara Cotton Bowl 2018.
Hasil inisiatif ini sebenarnya dimulakan oleh seorang guru, Aizatul Ashraf melihatkan kepada potensi sebenar kawasan persekitaran sekolah.
Menurut Ashraf, "pelajar sekolah menerima informasi dan pengetahuan daripada berbagai sumber, termasuklah keadaan sekeliling.