Apabila sebut tentang tayar, jenama Goodyear bukan lah suatu nama yang asing untuk rakyat Malaysia terutama sekali mereka yang menginginkan tayar terbaik pada harga berpatutan.
Sempena musim perayaan yang akan tiba tidak lama lagi, Goodyear Malaysia telah mengadakan kempen ‘A Gifting New Year’ yang menawarkan hadiah menarik.
Bagi menyertai kempen tersebut, pelanggan hanya perlu membeli 4 tayar jenama Goodyear 16 inci dan ke atas dimana anda akan menerima hadiah berupa Vacuum Coffee Mug daripada Goodyear.
Baru-baru ini, Goodyear Malaysia telah melancarkan Goodyear Assurance ComfortTred yang merupakan salah satu jenis tayar dalam kempen tersebut, tayar itu tersedia dari saiz 16 inci sehingga 19 inci.
Selain itu, pelanggan akan turut ditawarkan jaminan tambahan Worry Free Assurance (WFA) dimana mereka menawarkan 1 tahun perlindungan untuk tayar dari sebarang kerosakan.
Kempen itu akan diadakan bermula 16 Disember 2022 hingga 15 Febuari 2023, untuk sebarang maklumat lanjut anda boleh layari laman web Goodyear Malaysia.