GR Yaris milik Shmee150 dengan liveri ikonik Toyota Celica GT-Four WRC!

oleh Mohamad Hanif|
Seorang selebriti YouTube terkemuka Shmee150 membuat keputusan untuk memberikan penampilan baharu kepada GR Yaris miliknya sebagai tanda penghormatan buat dunia rali yang pernah menjadi sebahagian daripada sejarah Toyota.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Lebih tepat lagi, liveri ikonik Castrol yang pernah dilayangkan pada model Toyota Celica GT-Four WRC yang telah berjaya meraih dua kemenangan di peringkat pengeluar dan empat gelaran juara kategori pelumba ketika berentap di dalam kelas Group A bermula 1988 hingga 1997.

 


Liveri yang ikonik ini juga turut membuat kemunculan secara rasmi di dalam permainan video World Rally Championship dan Sega Rally.

Proses transformasi menjadi 'jentera rali klasik' ini menggunakan khidmat Dub Customs, di mana mereka telah mengimbas grafik tersebut sebelum dilayangkan pada badan GR Yaris.

 


Sudah pasti prosesnya amat mencabar, disebabkan fizikal Celica sebagai sebuah Liftback berbanding GR Yaris yang merupakan sebuah hot hatch.

Video penuh tersebut boleh ditonton pada pautan di bawah:

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Bermula dari Toyota GR Supra, ia kemudian disusuli dengan Toyota GR Yaris, GR86, serta hot hatch…
Berita Global
Mungkin tidak ramai yang tahu, Toyota juga sebelum ini pernah menawarkan sedan pantas Mark X GRMN,…
Berita Global
Jika bukan kerana jasa Morizo (atau Akio Toyoda) yang sudi mengotorkan tangan di dalam litar lumba…