GR Yaris paling berkuasa di dunia - 427.8 hp!!

oleh Mohamad Hanif|
GR Yaris kini boleh disifatkan antara produk hot hatch yang paling berjaya pernah dihasilkan oleh Toyota.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Biarpun hanya 25,000 unit sahaja dihasilkan, namun kereta yang diinspirasikan daripada perlumbaan rali itu terjaya menjadi barang panas.

Dalam keadaan standard, enjin tiga silinder 1.6 liter turbo itu berupaya menghasilkan 268 kuasa kuda yang dipadankan dengan transmisi manual dan sistem pacuan semua roda GR-Four - satu resepi yang cukup lazat untuk hot hatch cilik.

Jika anda rasakan kuasa standard itu tidak mencukup, cuba lihat contoh yang dibawakan oleh Powertune Australia.
 

GR YARIS


Powertune telah menala kembali nadi G16E-GTS supaya mampu mengestrak 429 kuasa kuda, namun disebabkan had yang terdapat pada sistem saliran bahan api, kuasa tersebut terhenti setakat itu sahaja.

Disebabkan itu, Powertune mula menggantikan pam bahan api, tangki lonjakan baharu, sebelum meneruskan kembali talaan menerusi pemasaan enjin dan cam.

Hasilnya, GR Yaris ini berupaya menjana kuasa setinggi 472.8 hp menerusi ujian dyno yang dijalankan!

Lebih mengkagumkan apabila Powertune mendakwa tiada sebarang komponen enjin telah digantikan, kecuali modifikasi tunggal terhadap spring injap baharu.
 

GR YARIS


Ini bermakna, majoriti komponen asal kilang masih lagi kekal standard seperti blok, rod, omboh, gasket dan camshaft.

Namun, GR Yaris ini telah mendapat sistem ekzos baharu, unit turbo yang lebih besar, intercooler, serta sistem saliran bahan api yang mampu menyuap bahan api E85.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Bermula dari Toyota GR Supra, ia kemudian disusuli dengan Toyota GR Yaris, GR86, serta hot hatch…
Berita Global
Mungkin tidak ramai yang tahu, Toyota juga sebelum ini pernah menawarkan sedan pantas Mark X GRMN,…
Berita Global
Jika bukan kerana jasa Morizo (atau Akio Toyoda) yang sudi mengotorkan tangan di dalam litar lumba…