GR Yaris RS JDM - enjin 1.5 liter, 120 PS/145 Nm, transmisi CVT, pacuan roda hadapan sahaja!

oleh Mohamad Hanif|
Seperti yang diperlihatkan pada Tokyo Auto Salon 2020 awal tahun lalu, Toyota telah pun melancarkan secara rasmi model hot hatch Gazoo Racing, iaitu GR Yaris.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Model yang dibangunkan berdasarkan Yaris versi Eropah tersebut pada mulanya didatangkan dengan dua varian utama, iaitu RZ dan High Performance RZ, di mana masing-masing dilengkapkan dengan enjin tiga silinder paling berkuasa 1.6 liter yang menghasilkan 272 PS dan 370 Nm.

Kuasa tersebut disalurkan kepada sistem pacuan 4WD GR-Four menerusi transmisi Intelligent Manual Transmission (iMT) enam nisbah kelajuan dengan tiga mod pemanduan yang berbeza iaitu Normal (60:40), Sport (30:70) dan Track (50:50).

Apa yang membezakan antara kedua-dua varian tersebut adalah kehadiran limited slip differential mekanikal Torsen depan dan belakang pada varian High Performance RZ, serta set rim BBS aluminium yang dibaluti tayar Michelin Pilot Sport 4S.

 


Pihak Toyota telah menambah sebuah lagi varian RS, dimana ia berperanan sebagai model asas bagi mereka yang mahukan sebuah casis tiga pintu yang mantap namun pada harga yang lebih murah.

GR Yaris RS ini tidak didatangkan dengan nadi tiga silinder 1.6 liter yang disebutkan diatas, sebaliknya hadir dengan enjin 1.5 liter M15A-FKS yang menghasilkan 120 PS dan 145 Nm, dan dipadankan dengan transmisi Direct-Shift CVT dengan 10 nisbah kelajuan.

Seperkara lagi, varian asas ini hanya didatangkan dalam versi pacuan roda hadapan sahaja, dan bukan GR-Four seperti varian GR Yaris yang lain.

 


Model terakhir yang diperkenalkan adalah varian RC, di mana ia merupakan varian RZ yang lengkap dengan enjin tiga silinder 1.6 liter, pacuan semua roda GR-Four, dan kotak gear manual, namun peralatan yang tidak diperlukan telah dibuang jauh demi mengurangkan berat badan kereta seperti sistem audio dan paparan infotainmen.

Kesan daripada itu, berat badan varian RC lebih ringan 30 kilogram berbanding varian RZ yang seberat 1,280 kg itu, manakala tayar pula didatangkan saiz 205/45 R17 (berbanding RZ 225/40 R18) dengan jarak trek 5 mm lebih lebar.

Pihak Toyota Jepun sudah mula menerima tempahan termasuklah untuk kedua-dua varian RZ High Performance First Edition dan RZ First Edition sehingga 30 Jun ini.

 


Para pelanggan yang membuat pra-tempahan akan menerima model yang dilengkapkan dengan aksesori seperti diffuser dan spoiler belakang yang diwarnakan matt-black, manakala bumbung gentian karbon dan tempat duduk sport Emotional Color Premium pula ditawarkan sebagai opsyen.

Malah, model ini juga bakal menerima tandatangan istimewa daripada Morizo - atau Presiden Toyota itu sendiri iaitu Akio Toyoda pada cermin windscreen!

Para pelanggan di Jepun juga akan menerima hadiah khas berupa tiket masuk ke WRC Rally Japan, serta kereta miniatur GR Yaris.

 


Jualan Toyota GR Yaris akan bermula di Jepun dari September 2020.

Berita Berkenaan

Berita Global
Bermula dari Toyota GR Supra, ia kemudian disusuli dengan Toyota GR Yaris, GR86, serta hot hatch…
Berita Global
Mungkin tidak ramai yang tahu, Toyota juga sebelum ini pernah menawarkan sedan pantas Mark X GRMN,…
Berita Global
Jika bukan kerana jasa Morizo (atau Akio Toyoda) yang sudi mengotorkan tangan di dalam litar lumba…