GTR R35 BAKAL BERAKHIR PADA 2025?

oleh Firdaus Razani|
Nissan baru-baru ini telah mendedahkan GT-R 2025 bagi versi Jepun yang sekaligus membuka cerita mengenai pengakhiran bagi model R35.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Perkara itu seperti sudah diramal oleh pengamal media automotif di Jepun, Mag X yang mendakwa 2025 akan menjadi tahun terakhir bagi generasi R35.

Walau bagaimanapun Nissan masih belum mengesahkan penamat bagi pengeluaran GT-R atau mengumumkan butiran mengenai model Amerika Syarikat.

Ia bagaimanapun tidak mengejutkan jika Nissan GT-R R35 akan ditamatkan kerana model itu telah berada di pasaran sejak tahun 2009.

 

gtr

 

Sejak itu juga ia telah menerima pelbagai kemas kini, dan harga asasnya telah meningkat lebih daripada $50K sehingga kini.

Walau bagaimanapun, 2025 mungkin tahun model itu berakhir jika laporan keluar dari Jepun adalah benar.

Pada awalnya, CarBuzz berkongsi dengan penonton mereka, mendakwa Nissan memberitahu peniaga Jepun bahawa keputusan untuk menamatkan pengeluaran GT-R terkini.

Ia adalah disebabkan oleh fakta bahawa syarikat itu tidak akan dapat menghasilkan banyak bahagian kereta pada masa hadapan.

 

gtr

 

Pengumuman pembuat kereta itu sepatutnya termasuk butiran tentang nombor pengeluaran terhad tahun model akhir.

Dilaporkan bahawa hanya 1500 akan dijual, dengan 300 daripadanya dikatakan sebagai varian NISMO berprestasi tinggi dan masih tidak jelas sama ada itu adalah nombor pengeluaran global atau tidak.

Car and Driver turut menghubungi salah seorang jurucakap Nissan A.S. mengenai laporan bahawa GT-R R35 akan menamatkan pengeluaran selepas tahun model 2025 dan dihadkan kepada 1500 unit.

Bagaimanapun, mereka memberitahu Car and Driver bahawa mereka tidak boleh mengulas mengenai rancangan produk masa hadapan.

 

SUMBER : CarandDriver

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  "Pada 11.20 malam pasukan operasi melihat dua kereta jenis Nissan GTR R35 secara melawan arus…
Informasi
Sementara kita menunggu bagaimana Nissan mahu membuat acuan baharu untuk generasi selepas R35, mari…
Berita Global
Pun begitu, ia tidak dapat menghalang insan yang kreatif imaginasi mereka untuk meluahkan ekspresi…