Hampir separuh pembeli GR Supra 2023 pilih transmisi manual!

oleh Mohamad Hanif|
Keputusan Toyota untuk menawarkan GR Supra bertransmisi manual nampaknya berjaya membuktikan peminat model bertransmisi manual tidak sekadar 'cakap tak serupa bikin'.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Sejak dilancarkan pada tahun lepas, sebanyak 1,216 GR Supra varian bertransmisi manual telah terjual, mewakili 47 peratus daripada jumlah GR Supra yang dijual pada ketika itu.

Pada mulanya, GR Supra dilancarkan tanpa pilihan transmisi manual, namun disebabkan permintaan yang tinggi ia mendorong Toyota untuk membangunkan transmisi manual khas untuk model tersebut.
 

MT


Biarpun ia menggunakan komponen transmisi sedia ada daripada BWM, namun kotak gear tersebut telah mendapat sentuhan tersendiri daripada Toyota bagi menawarkan pemanduan yang lebih menyeronokkan.

Seperti contoh, perisian rev-match i-MT, komponen linkage dan shifter baharu, serta nisbah gear akhir yang ditingkatkan daripada 3.15 kepada 3.46.

Baca: Spesifikasi Toyota GR Supra MT 2023

Baca: Toyota GR Supra 2023 di Malaysia, pilihan transmisi manual, dari RM645,000

Sumber: Road & Track

Berita Berkenaan

Berita Global
Honda Civic facelift di Jepun juga hadir dengan varian LX dan EX, di mana ia ditawarkan dengan sama…
Berita Global
Teknologi masa kini yang lebih moden telah melahirkan pelbagai jenis transmisi automatik yang lebih…
Berita Global
Lambat laun, suka atau tidak, kita terpaksa menerima kenyataan bahawa tidak ramai yang gemar dengan…