Harga kandungan catalytic converter 12 kali lebih mahal berbanding emas!

oleh Mohamad Hanif|
Kes kecurian komponen penukar bermangkin (catalytic converter) pada sistem ekzos dikatakan semakin menjadi-jadi disebabkan permintaan yang sangat tinggi terutama di pasaran gelap.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Apa yang menyumbang kepada peningkatan kes kecurian penukar bermangkin ini adalah kandungan bahan logam yang digunakan dalam komponen tersebut, seperti platinum, rhodium dan palladium.

Penggunaan bahan logam untuk mengurangkan emisi ekzos kenderaan nampaknya menarik minat pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mencuri dan menjualnya semula di pasaran gelap.

Ini kerana harga yang diminta (per auns atau 28 gram) untuk elemen logam tersebut dilihat mencapai rekod tertinggi seperti $2,500 per auns untuk bahan palladium, dan $21,900 per auns untuk rhodium!
 

 


Menurut laporan daripada The New York Times, pihak berkuasa tempatan kini sedang menyiasat kes kecurian komponen tersebut di seluruh negara, disebabkan beberapa buah lokasi kini mencatatkan peningkatan berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Walaupun terdapat sesetengah pusat sekerap meminta pembeli menunjukkan kad ID untuk mendapatkan komponen catalytic converter itu, kes ini menjadi sukar untuk disiasat oleh pihak berkuasa terutama di pasaran gelap.

Sehinggakan sesetengah pejabat polis terpaksa meminta para pemilik kenderaan untuk mengukir sendiri nombor pendaftaran kenderaan pada komponen tersebut!

Tahun lalu, pihak PDRM telah berjaya menumpaskan sindiket curi catalytic converter di sekitar Lembah Klang, di mana harga jualan barang curi itu mampu mencecah sehingga RM1,500 untuk setiap set ekzos untuk mendapatkan emas putih.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ini menyebabkan Toyota bekerjasama dengan syarikat MillerCAT untuk menawarkan perisai penukar…
Berita Global
Untuk memudahkan kerja, ada di antara mereka yang lebih gemar memilih waktu yang bersesuaian dan…
Berita Global
Menurut laporan daripada AutoExpress UK, lebih daripada 100,000 unit kenderaan di seluruh United…