Harga rasmi Nissan X-Trail facelift diumumkan - bermula dari RM133,888

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bersempena acara Malaysia Autoshow 2019, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) selaku pengedar rasmi kenderaan jenama Nissan di Malaysia mengumumkan harga rasmi bagi Nissan X-Trail Facelift baharu. 

Selain daripada varian 2.0L 2WD, 2.0L MID dan 2.5L 4wD, Nissan X-Trail serba baharu juga turut didatangkan dalam versi hibrid dengan enjin 2.0 liter MR20DD yang digandingkan dengan transmisi XTRONIC CVT. 

Kuasa 144 PS dan tork 200 Nm itu dipadankan bersama motor elektrik berkuasa 41 PS dan daya kilas 160 Nm itu memberikan kuasa pemanduan yang lebih mengujakan selain mengekalkan penjimatan bahan api 16.1 km/liter terbaik di dalam kelasnya.
 


Nissan X-Trail facelift diberikan nafas baharu dalam penampilan luaran, seperti reka bentuk gril signatur V-Motion, lampu nyalaan siang LED, lampu depan serta lampu belakang LED berbentuk boomerang. 

Sistem infotainmen juga tersedia dengan ciri navigasi bersaiz 7 inci dan ciri ketersambungan kepada Apple CarPlay dan Android Auto. 

Enam buah beg udara SRS kini didatangkan sebagai standard untuk tiga varian X-Trail baharu (empat bagi varian asas), disekalikan dengan ciri:

  • brek parkir elektronik dengan fungsi Auto Hold
  • kawalan dinamik kenderaan (VDC)
  • sistem kawalan cengkaman (TCS)
  • brek anti kunci (ABS)
  • bantuan brek (BA)
  • pengedaran kuasa brek elektronik (EBD)
  • bantuan mula mendaki (HSA)
  • cagak ISOFIX dengan Top Tether (x2) 


Teknologi keselamatan Nissan terkini, Nissan Intelligent Mobility juga turut dipasang pada X-Trail terbaharu (kecuali varian 2.0L 2WD) merangkumi:

  • Amaran Pelanggaran Hadapan Pintar (FCW)*
  • Brek Kecemasan Hadapan Pintar (FEB)*
  • Kawalan Pelayaran Pintar (ICC)*
  • Bantuan Suluhan Tinggi (HBA)*
  • Amaran Pertukaran Laluan (LDW)
  • Amaran Titik Buta (BSW)
  • Intelligent Around View Monitor (I-AVM) dengan pengesanan objek bergerak (I-MOD)
  • Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA)
  • Motion Activated Power Tailgate
  • *untuk varian 2.0L Hybrid & 2.5L 4WD
     


5 pilihan warna luaran yang ditawarkan: putih (Brilliant White), perak (Tungsten Silver), hijau (Titanium Olive), hitam (Diamond Black) dan Imperial Umber (baharu)

Harga tentatif bagi setiap varian adalah seperti berikut:

Varian

X-Trail Lama

X-Trail Facelift Baharu

X-TRAIL 2.0L 2WD

RM 133,888

RM 133,888*

Jaminan Perbatuan Tanpa Had Selama 5 Tahun (termasuk alat ganti Hibrid dan bateri HEV Lithium-Ion)

X-TRAIL 2.0L 2WD MID

N/A

RM 145,888*

X-TRAIL 2.5L 4WD

RM 153,888

RM 153,888*

X-TRAIL 2.0L HYBRID

N/A

RM 159,888*

* Harga rasmi OTR tentatif termasuk 10% Cukai Jualan, tanpa insurans, sah untuk pendaftaran persendirian di Semenanjung Malaysia sahaja

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Keistimewaan rangkaian kuasa e-POWER ialah ibarat kenderaan elektrik (EV) yang tidak perlu…
Berita Global
  Turut dipasang, siren, lampu kecemasan dan lampu berkuasa tinggi selain lampu pada jeriji depan…
Berita Global
  Untuk pasaran Amerika Syarikat, Nissan telah memperkenalkan Rogue 2024 dengan rupa baharu dan…