Bermula 15 April, pelanggan boleh menyaksikan barisan motosikal Harley-Davidson® 2023 merentasi semua pengedar di Malaysia, termasuk CVO™ Road Glide® Limited dalam model Ulang Tahun bersiri, dan enam motosikal edisi terhad tambahan dengan cat peringatan Ulang Tahun ke-120 eksklusif, kemasan dan butiran serta model dalam jalur warna baharu.
Tawaran 2023 adalah termasuk model jelajah prestasi, Harley-Davidson Breakout®, Nightster® Special dan Freewheeler® Trike.
Barisan ini juga termasuk model bawaan dalam warna baharu, seperti Sportster® S, Street Glide® Special, Street Glide® ST, Fat Boy® 114, Road King® Special, Road Glide® Special, Road Glide® ST, Ultra Limited dan Pan America™ 1250 Special.
Edisi 2023 dan model bawaan dalam jalur warna baharu, masing-masing bermula dengan harga dari RM 98,900 hingga RM 330,900.
Antara barisan model baharu Harley-Davidson 2023 ialah:
- Breakout® - Dikuasakan enjin Milwaukee-Eight® 117 V-Twin.
- Nightster® Special - Dikuasakan enjin Revolution® Max 975T sejukan cecair V-Twin.
Bagi menyambut ulang tahun ke-120 itu juga, Harley-Davidson akan menawarkan 6 model dengan produksi terhad dilengkapi warna istimewa ulang tahun ke-120 mereka.
Edisi istimewa itu dihiasi dengan panel Heirloom Red yang disapukan di atas lapisan asas Ulang Tahun Hitam, setiap satu digariskan dengan jalur merah terang dan cat emas yang disapu tangan dengan butiran halus dalam panel untuk menggambarkan kepala dan sayap helang.
Koleksi Ulang Tahun termasuk Street Glide® Special, Ultra Limited, dan Road Glide® Special, Fat Boy, Heritage Classic, dan edisi sangat terhad, model CVO™ Road Glide® Limited.
Model sedia ada juga akan ditawarkan jalur warna baharu, antaranya ialah:
- Sportster® S in Bright Billiard Blue
- Street Glide® Special in Bright Billiard Blue/ Billiard Grey in Chrome Finish
- Street Glide® ST in White Sand Pearl
- Fat Boy® 114 in Bright Billiard Blue
- Road King® Special in Industrial Yellow
- Road Glide® Special in Atlas Silver Metallic
- Road Glide® ST in White Sand Pearl
- Ultra Limited in Grey Haze with Black Finish
- Pan America™ 1250 Special in Grey Haze/Industrial Yellow/ White Sand
Selain itu juga, ciri Cruise Control dan Traction Control Electronic akan didatangkan standard untuk model Fat Boy®, Fat Bob®, Breakout®, Model Low Rider® S, dan kekal standard pada Low Rider® ST, Heritage Classic dan Sport Model Glide®.
Barisan lengkap motosikal Harley-Davidson 2023, aksesori tulen Harley-Davidson® dan peralatan serta pakaian Harley-Davidson® MotorClothes® kini boleh didapati di pengedar Harley-Davidson® yang sah dan boleh dilihat di H-D.com.