Harley-Davidson Malaysia lancar tiga model - bermula dari RM89,900

oleh Mohamad Hanif|
Harley-Davidson Malaysia baru-baru ini melancarkan tiga model baharu untuk pasaran tempatan, iaitu Low Rider S, Softail Standard dan Street Bob 114 (model 2021).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dimulakan dengan model Street BobTM, ia dikuasakan oleh enjin serba baharu Milwaukee-EightTM 1,868 cc yang menawarkan daya kilas maksimum 161.3 Nm pada 3,000 rpm.

 


Ia juga menjadi model Softail yang paling ringan pernah dihasilkan dan dijual pada harga bermula dari RM101,900.

 


Harley-Davidson Low Rider S pula dibangunkan menggunakan casis Softail, namun dipertingkat dengan komponen suspensi yang lebih premium untuk tunggangan yang lebih agresif.

Menambah lagi perisa sebenar Harley-Davidson adalah enjin Milwaukee-Eight 114 yang menawarkan daya kilas 115 Nm seawal putaran enjin 3,250 rpm.

 


Model Softail Standard dan Low Rider S masing-masing ditawarkan pada harga RM89,900 dan RM106,900.

Selain daripada itu, Harley-Davidson Malaysia turut menganjurkan rumah terbuka bermula dari 27-28 Mac 2021 di pusat pengedar sah Harley-Davidson yang mengambil bahagian bagi membenarkan pelanggan dan pengunjung melihat sendiri barisan model tahun 2021 yang dibawa masuk.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Bermula 15 April, pelanggan boleh menyaksikan barisan motosikal Harley-Davidson® 2023 merentasi…
Pelancaran Motosikal
Dari segi kuasa, Nightster 2022 dikuasakan oleh nadi v-twin Revolution Max 975T bersesaran 975 cc…
Model Terbaharu
Dari segi kuasa, ia dilengkapi dengan nadi V-Twin Milwaukee-Eight 117 bersesaran 1,923 cc yang…