Hayden Haikal peroleh gelaran juara antarabangsa pertamanya

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Pusingan akhir perlumbaan Idemitsu Super Turbo Championship di Thailand menyaksikan wakil pelumba muda negara, Hayden Haikal memperoleh kemenangan berturut-turut dalam dua pusingan terakhir.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mengekalkan prestasi terbaik sepanjang permulaan hingga pengakhiran perlumbaan, Hayden kini berjaya memperoleh gelaran juara pertamanya di peringkat antarabangsa dalam kategori Thailand Junior Class, Idemitsu Super Turbo Championship 2023.

Melangkah ke perlumbaan akhir hujung minggu lepas, pelumba berusia 18 tahun itu mempunyai kelebihan tipis 1 mata dalam kedudukan mata keseluruhan.

 

2

 

Hayden jelas menunjukkan penguasaannya dalam Toyota Vios #437 pasukan Wing Hin Motorsports dengan memenangi 5 daripada keseluruhan 6 perlumbaan sepanjang musim.

Dalam kedua-dua perlumbaan akhir pada Sabtu dan Ahad (17-18 Jun) di Litar Antarabangsa Chang di Buriram, Hayden terikat dalam pertarungan dekat dengan saingan terdekatnya Warunyoo Sangla.

Dia perlu menamatkan saingan di hadapan pelumba Thailand itu untuk mengukuhkan harapan kejuaraannya dan itulah yang dilakukan Hayden.

 

3

 

Warunyoo telah mendahului tetapi menduduki tempat kedua di belakang Hayden dalam kedua-dua perlumbaan, dimana dia menamatkan musim ini dengan ketinggalan tiga mata daripada jumlah 88 mata yang dikumpul Hayden.

Hayden berkata, “Saya berasa sangat gembira kerana gelaran ini adalah salah satu matlamat saya sejak saya mula berlumba di Thailand tahun lepas."

"Saya berasa sangat lega kerana akhirnya memperoleh kemenangan ini, setelah hampir menang tahun lalu dalam Siri Super Eco Thailand.”

 

4

 

“Kebanyakan kredit harus diberikan kepada pasukan Wing Hin Motorsports yang bekerja keras untuk meletakkan Vios tersebut bagi memenangi kejuaraan di grid dan memberi kepercayaan kepada saya untuk menerajui kempen perlumbaan pertama mereka di Thailand."

Tentu sekali, bakat, prestasi dan hasil yang ditunjukkan oleh Hayden Haikal bakal seharusnya membuka mata banyak pihak supaya meningkatkan lagi sokongan terhadap pelumba muda sebagai pelapis pada masa akan datang.

 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Beliau berjaya memenangi perlumbaan pada hari pertama dan menduduki tempat ketiga pada hari…
Sukan Bermotor
Ini bukanlah perlumbaan antarabangsa pertama bagi Hayden, dia sebelum ini telah mempamerkan aksi…
Sukan Bermotor
2 perlumbaan pusingan 2 yang berlangsung pada hujung minggu lepas (19-21 Mei) di Chang…