Masalah mekanikal jejas prestasi Hayden Haikal di pusingan 3 Thailand Super Series

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Masalah mekanikal menjadi penghalang kepada pelumba muda negara, Hayden Haikal untuk pamerkan prestasi terbaiknya dalam pusingan 3 perlumbaan Thailand Super Series pada hujung minggu lepas.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini bukanlah perlumbaan antarabangsa pertama bagi Hayden, dia sebelum ini telah mempamerkan aksi cemerlangnya beberapa kali, termasuk memperoleh gelaran juara antarabangsa pertamanya dalam perlumbaan Idemitsu Super Turbo Championship di Thailand.

 

2

 

Walaupun berjaya menjadi yang terpantas semasa sesi latihan dalam kelas Super Eco, masalah mekanikal memaksa Hayden untuk mengharungi hujung minggu yang sangat mencabar.

Hayden berjaya melayakkan diri di kedudukan ke-11, tidak seperti penampilan pertamanya di Litar Jalan Bangsaen di Thailand tahun lalu di mana dia bersaing untuk tiga kedudukan teratas.

 

3

 

Hayden bersaing dalam perlumbaan tahun ini bersama pasukan dan kereta baharu, meletakkan pelumba berusia 18 tahun itu di tempat ke-12 dan ke-20 dalam dua perlumbaan hujung minggu lepas.

Kekurangan rentaknya mengelilingi litar jalanan sepanjang 3.7km itu dikesan berpunca dari masalah enjin.

 

4

 

Keputusan pasukan Pipekids Racing untuk menggantikan enjin membuatkan Hayden berada di kedudukan yang kurang baik untuk memulakan perlumbaan kedua dari belakang grid.

Dalam tiga pusingan musim ini, pemanduan terbaik Hayden untuk pasukannya bersama jentera Honda Brio Amaze serba baharu setakat ini ialah menduduki tempat ke-2 dalam pusingan 2 selepas memulakan musim dengan tempat ke-5 dan ke-6.

 

5

 

Thailand Super Series diadakan sebanyak enam pusingan dengan pusingan 1, 2 dan 3 telah pun berlangsung.

Pusingan 4 (25-27 Ogos) kembali ke Litar Antarabangsa Chang diikuti Pusingan 5 (15-17 September) di litar Grand Prix F1 Singapura dan pusingan akhir (14-17 Disember) juga diadakan di Litar Antarabangsa Chang.

 

6

 

Dengan bakat dan prestasi jentera terbaik, Hayden Haikal pastinya mampu kembali memberi saingan sengit kepada pelumba antarabangsa lain dalam perlumbaan Thailand Super Series.

 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Beliau berjaya memenangi perlumbaan pada hari pertama dan menduduki tempat ketiga pada hari…
Sukan Bermotor
Mengekalkan prestasi terbaik sepanjang permulaan hingga pengakhiran perlumbaan, Hayden kini berjaya…
Sukan Bermotor
2 perlumbaan pusingan 2 yang berlangsung pada hujung minggu lepas (19-21 Mei) di Chang…