Ketua Angkatan Tentera Belanda, Rob Bauer, mengesahkan bahawa dua daripada empat anggota tentera yang berada dalam pesawat ketika itu terbunuh.
"Dua lagi anggota pasukan tidak mengalami kecederaan serius, bagaimanapun kejadian itu adalah berita mengerikan dan menjadi kejutan kepada semua," katanya pada sidang media di The Hague, awal pagi semalam.
Punca kemalangan itu masih belum diketahui, namun pengawal penyelamat pantai dan penyelam tentera Belanda kini sedang berusaha mencari kotak hitam pesawat itu.
Menurut Bauer, usaha mencari dilaporkan sukar berikutan angin kencang, arus deras dan ombak besar, selain turut memberitahu siasatan akan dibuka.