Hino Malaysia lancar trak bertransmisi AMT - HINO 700 Series AMT 16-Speed

oleh Mohamad Hanif|
Hino Motors Sales (Malaysia) Sdn Bhd, sebuah syarikat subsidiari Hino Motors Ltd telah melancarkan siri baharu trak HINO 700 Series yang dilengkapi dengan transmisi Automated-Manual Transmission (AMT) 16 kelajuan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Trak 700 Series ini merupakan unit import sepenuhnya (CBU) dari Jepun dan ia ditawarkan dalam konfigurasi 4x2, 6x2 dan 6x4 Prime Mover. 

Transmisi AMT 16 kelajuan yang diperoleh daripada ZF ini turut dibekalkan dengan ciri bantuan kuasa, menjadikan penukaran gear yang lebih mudah ketika di kelajuan yang tinggi. 

Ia juga mampu mengurangkan keletihan di kalangan pemandu daripada melakukan penukaran gear dan memijak klac secara kerap, menjadikan pemanduan yang lebih selesa dan santai. 

Namun, ketika keadaan memerlukan, terdapat opsyen untuk memilih transmisi manual sekuential.
 


Enjin common-rail EURO3 yang lebih berkuasa dilengkapi dengan pengecas turbo intercooler dan menampilkan ciri beg udara penuh yang mampu meningkatkan kadar responsif brek. 

Walaupun ia dibangunkan sepenuhnya di Jepun, kenderaan Hino boleh menggunakan bahan api diesel B10 tanpa sebarang modifikasi terhadap komponen mahupun servis berkala, membolehkan perniagaan mengurangkan jejak karbon di dalam operasi mereka. 

Dari segi keselamatan, HINO 700 Series juga hadir dengan penawaran sistem brek ABS, ruang kabin yang dioptimasikan, penggunaan rasuk berkekuatan tinggi di bahagian pintu serta front under-run prevention (FUP). 

Keselesaan pemandu juga tidak diketepikan dengan penggunaan tempat duduk bersuspensi udara dan didatangkan dengan bentuk tiga dimensi yang mampu menyokong postur duduk pemandu dan mengurangkan keletihan. 

Bagi menjadikan pemilikan HINO 700 Series AMT lebih berbaloi, kitaran penyelenggaraan yang lebih panjang serta lebih penjimatan bahan api, Hino turut menawarkan latihan pemanduan yang diiktiraf di Hino Total Support Customer Center (HTSCC).

Ia merupakan satu usaha Hino dalam memberikan sokongan penuh kepada pelanggan terutama di dalam aspek selepas jualan, serta memaksimumkan jangka hayat kenderaan dan mengurangkan kos berkaitan. 
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Hiroshi Takashi yang berpengalaman di dalam jualan kenderaan dan perkhidmatan selepas jualan selama…
Berita Domestik
Pusat 3S baharu itu akan menawarkan servis jualan, perkhidmatan dan alat ganti kepada pelanggan dan…
Berita Domestik
Pada 26 Oktober 2022, Hino Motor Sales (Malaysia) Sdn Bhd (HINO) telah melantik Truck Solutions Sdn…