HINO Membership tawar lanjutan jaminan hingga tujuh tahun, perbatuan tanpa had

oleh Mohamad Hanif|
Hino Motors Sales (Malaysia) Sdn Bhd telah melancarkan program keahlian Hino Membership yang menawarkan lanjutan jaminan dan manfaat bagi model-model kenderaan komersial ringan (LCV) dan kenderaan komersial tugas medium (MCV), dengan bayaran sekali bermula dari RM10 untuk setiap kenderaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Program ini diperkenalkan sebagai sebahagian daripada konsep Hino Total Support yang membawakan dua nilai utama iaitu "Maximize Vehicle Uptime 100%" dan "Minimize Vehicle Lifetime Cost".

Di bawah program ini, Hino menawarkan empat pakej iaitu Standard, Standard Plus, Premium dan Premium Plus, dengan lanjutan jaminan sehingga tujuh tahun dan jarak perbatuan tanpa had yang merangkumi enjin, transmisi dan gandar, serta perkhidmatan bantuan tunda sehingga RM500 per tahun, tertakluk kepada terma dan syarat.

Hino juga turut menawarkan promosi eksklusif bagi mana-mana pelanggan yang melanggan pakej Hino Membership, seperti contoh penggantian pelapik brek atau pad brek percuma untuk setiap 60,000 km bagi model LCV dan MCV, dengan nilai penjimatan sehingga RM2,800.

Selain daripada manfaat kepada pemilik perniagaan, pemandu trak juga boleh mendapatkan manfaat daripada Hino Membership, di mana mereka akan dijemput untuk menyertai peraduan Hino Smart Driving Contest dan berpeluang untuk memenangi hadiah eksklusif.

Bersempena dengan hari pelancaran program keahlian ini, Hino turut menawarkan promosi khas pelancaran berupa 50 peratus diskaun untuk pakej Standard Plus, Premium dan Premium Plus, sah sehingga 30 September 2022.

Hanya model terpilih yang didaftarkan sejak dari tahun 2017 layak untuk menyertai program ini, dan kesemua kenderaan yang didaftarkan perlulah mempunyai rekod servis yang baik di mana-mana pusat servis bertauliah Hino, dan mengikut sela masa yang telah ditetapkan.

Program Hino Membership ini boleh didapati di semua pusat 3S Hino yang sah.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Daripada jumlah tersebut, 10 daripadanya merupakan trak 300 Series PRO dan 7 unit 500 Series…
Berita Domestik
Pusat 3S baharu itu akan menawarkan servis jualan, perkhidmatan dan alat ganti kepada pelanggan dan…
Berita Domestik
Pembelian barisan trak HINO XZU720K yang dilengkapi dengan tower wagon yang menawarkan prestasi…