HMSM serah 17 trak Hino 300 Series PRO, 500 Series kepada Transcargo Worldwide

oleh Mohamad Hanif|
Hino Motors Sales (Malaysia) Sdn Bhd dengan kerjasama Truck Solutions Sdn Bhd telah menyerahkan 17 unit trak berjenama Hino kepada pelanggan baharu, Transcargo Worldwide (M) Sdn Bhd.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Daripada jumlah tersebut, 10 daripadanya merupakan trak 300 Series PRO dan 7 unit 500 Series sebagai sebahagian daripada perjanjian yang termeterai untuk meluaskan lagi armada syarikat tersebut.
 

Hino


Majlis penyerahan tersebut dikendalikan oleh Truck Solutions, salah satu pengedar 3S Hino bertauliah yang bertempat di West Port, Pelabuhan Klang, disempurnakan oleh Pengarah Eksekutif Truck Solutions, Edward Tan Kim Siong, Pengarah Urusan HMSM, Atsushi Uchiyama kepada Pengarah Transcargo Worldwide, Ong Chin Kian dan Ong Chin Keong.

Transcargo Worldwide merupakan syarikat logistik bersepadu yang ditubuhkan di Malaysia pada tahun 2007, memfokuskan kepada pengangkutan udara dan laut, pergudangan dan pengedaran, pengangkutan dalaman dan rentas sempadan, logistik e-dagang, serta perkhidmatan nilai-tambah.
 

Hino


Perkhidmatan Transcargo merangkumi pintu masuk Malaysia termasuklah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Lapangan Terbang dan Pelabuhan Pulau Pinang, Pelabuhan Klang, Pelabuhan Pasir Gudang, Pelabuhan Tanjung Pelepas serta sempadan Thailand dan Singapura.

Kesemua trak Hino tersebut telah dipasangkan dengan sistem telematik pintar "HINO Connect" untuk menyokong pengurusan dan operasi armada syarikat tersebut.

Selain itu, Transcargo Worldwide telah mendaftarkan penyelia armada untuk menjalani program latihan keselamatan serta pemanduan cekap di pusat latihan Hino Total Support Customer Centre (HTSCC) di Sendayan.

hino


Dari segi aspek pasca-jualan, Transcargo telah berdaftar di bawah Hino Membership Premium Plus yang menawarkan lanjutan jaminan sehingga tujuh tahun dan jarak perbatuan tanpa had, selain penggantian pelapik brek percuma setiap 60,000 km dan sokongan tunda sehingga RM500 sekali setahun.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pusat 3S baharu itu akan menawarkan servis jualan, perkhidmatan dan alat ganti kepada pelanggan dan…
Berita Domestik
Program ini diperkenalkan sebagai sebahagian daripada konsep Hino Total Support yang membawakan dua…
Berita Domestik
Pembelian barisan trak HINO XZU720K yang dilengkapi dengan tower wagon yang menawarkan prestasi…