Honda Accord 1.5L 2020 rasmi dilancarkan - dua varian, bermula dari RM186k

oleh Mohamad Hanif|
Honda Malaysia membuat kejutan pada minggu ini dengan melancarkan secara rasmi sedan segmen D Honda Accord generasi kesepuluh sebentar tadi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sejak mula diperkenalkan di pasaran tempatan pada tahun 2001, Honda Accord kini mencapai rekod jualan melebihi 84,100 unit sehingga ke hari ini. 

Untuk model Honda Accord generasi ke-10, ia membawakan rekaan fastback yang lebih sporty dan dalam masa yang sama mengekalkan ciri DNA Accord yang sofistikated. 
 


Rekaan lampu utama hadapan dan belakang tampil tajam dan stailo bagi meningkatkan lagi eskpresi rekaan premium, diikuti oleh stance yang lebar dan rekaan bumbung yang rendah memanjang ke belakang memberikan rupa yang lebih dinamik. 

Honda Accord 2020 dikemaskan dengan rim aloi bersaiz 18 inci serta bukaan paip ekzos berkembar dengan kemasan krom. 
 


Prestasi Accord disumbangkan oleh penggunaan enjin L15BE 1.5 liter VTEC Turbo (pertama kali dilengkapkan untuk sedan segmen D Honda) menawarkan kuasa 201 PS dengan daya kilas 260 Nm dipadankan dengan transmisi CVT.

Ia sekaligus menjadi model Honda terkini yang menerima pengiktirafan kenderaan cekap tenaga (EEV) di Malaysia.
 


Meneruskan lagi penawaran keselamatan yang ditawarkan oleh Honda, Accord generasi ke-10 ini turut dilengkapkan dengan Honda SENSING yang merangkumi tiga kategori:

Driver Cruising Aid

  • Kawalan Pelayaran Adaptif (ACC)
  • Bantuan Mengekor Kelajuan Rendah (LSF)
  • Bantuan Lampu Suluhan Tinggi (AHB)

Frontal Collision Deterrence

  • Amaran Pelanggaran Hadapan (FCW)
  • Sistem Brek Mitigasi Pelanggaran (CMBS)

Side Collision Deterrence

  • Sistem Bantuan Kekal Laluan (LKAS)
  • Mitigasi Keluar Jalan (RDM)
  • Amaran Keluar Laluan (LDW)

Tambahan kepada ciri Honda SENSING yang disebutkan di atas adalah seperti berikut:

  • Smart Parking Assist System with Brake Assist
  • Multi View Camera System (Kamera 360o)
  • Honda LaneWatch
  • Enam beg udara
  • Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA)
  • Brek Anti-Kunci (ABS)
  • Sistem Pengagihan Daya Brek Elektronik (EBD)
  • Emergency Stop Signal (ESS)
  • Bantuan Mula Mendaki (HSA)
  • penderia parkir depan dan belakang
  • kamera undur 
     


Harga jualan bagi Honda Accord generasi kesepuluh bermula dari RM185,900 untuk varian 1.5 TC manakala varian premium 1.5 TC-P pula dijual pada harga RM195,900. 

Model baharu ini didatangkan dengan empat warna pilihan iaitu Crystal Black Pearl, Lunar Silver Metallic, Modern Steel Metallic dan warna baharu Platinum White Pearl.  

Dengan pengenalan Honda Accord serta ciri yang dipertingkatkan, Honda Malaysia optimis mampu mencapai sasaran jualan sebanyak 200 unit sebulan. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Jarak roda juga sama iaitu 2,830 mm. Dari sisi, Accord nampak begitu panjang dan disumbang oleh…
Berita Domestik
Perkara tersebut diumumkan sendiri oleh Pengarah Urusan dan CEO Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura…
Berita Global
  Pengenalan Accord 2023 adalah simbol kepada gaya reka bentuk baharu Honda yang sebelum ini…