Honda Accord tidak akan dapat model pengganti generasi baharu

oleh Mohamad Hanif|
Siang tadi, Honda Malaysia mengumumkan kemaskini bagi portfolio produk semasa, di mana mereka dijangka tidak akan menawarkan sedan generasi ke-11 Honda Accord 2023.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Perkara tersebut diumumkan sendiri oleh Pengarah Urusan dan CEO Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura semasa pelancaran sedan segmen B Honda City 2023 facelift, siang tadi.

Ini bermakna, jangka hayat keluarga Accord bakal berakhir pada generasi kesepuluh sedia ada, dan tidak akan digantikan dengan model generasi baharu yang lebih moden.
 

accord


Salah satu faktor yang mendorong pengguguran model tersebut ialah saiz pasaran sedan segmen D yang semakin mengecil, disebabkan pengguna kini lebih gemar mencari model-model SUV yang lebih praktikal.

Para peminat sedan masih lagi boleh mendapatkan sedan Honda Accord yang masih lagi dijual sehinggalah stok sedia ada habis, dengan dua pilihan varian dan harga jualan bermula dari RM187,400 hingga RM197,400.

Secara standard, Honda Accord dibekalkan dengan enjin 1.5 liter turbo yang mampu menjana kuasa setinggi 201 hp dan daya kilas 260 Nm, dipadankan dengan transmisi CVT dan pacuan roda hadapan.

Baca: Pandu Uji Honda Accord

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Namun begitu kami yakin ia mampu dicapai berdasarkan rekod jualan yang baik bagi tahun lalu yang…
Berita Domestik
Pencapaian tersebut menjadikan Honda Malaysia kekal kedudukan nombor satu dalam negara untuk…
Berita Domestik
Sebagai varian yang paling tinggi dalam penawaran SUV CR-V generasi baharu, CR-V e:HEV RS…