BIMS 2023: Honda CB750 Hornet 2023 rasmi, 750 cc, 90.5 hp, dari RM41k

oleh Mohamad Hanif|
Bertempat di Bangkok International Motor Show 2023, Honda Thailand telah pun rasmi melancarkan sebuah jentera Street Fighter bersesaran 750 cc CB750 Hornet 2023.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia dikuasakan oleh enjin parallel twin 755 cc yang mampu menjana kuasa sehingga 90.5 hp @ 9,500 rpm dan daya kilas 75 Nm @ 7,250 rpm.
 

CB750


Enjin yang sama itu juga boleh didapati pada model Africa Twin.

Jentera tebuan ini dipadankan dengan kerangka steel diamond ringan, tangki bahan api sebesar 15.1 liter, rim bersaiz 17 inci, tayar 120/70 depan dan 160/60 belakang, serta ketinggian pelana sekitar 795 mm.
 

CB750


Sistem gantungan terdiri daripada fork hadapan jenis USD Showa SFF-BP 41 mm dengan jarak pergerakan sekitar 130 mm, sementara bahagian belakang disokong dengan penyerap hentak tunggal Showa (jarak pergerakan 190 mm).

Sistem brek terdiri daripada angkup Nissin dengan dua unit rotor untuk roda hadapan, sementara roda belakang mempunyai rotor tunggal sahaja.
 

CB759


Honda CB750 Hornet didatangkan dengan sistem lampu LED keliling, skrin paparan TFT bersaiz 5 inci berwarna penuh yang boleh disambungkan kepada peranti pintar.

Aspek tunggangan dibantu dengan 4 mod yang boleh dipilih (Rain, Road, Sport, Rider), tiga kawalan brek enjin, 3 kawalan cengkaman, kawalan wheelie, ABS, sistem penukaran gear pantas dan juga ciri auto-blipper.
 

CB750


Untuk pasaran Thailand, harga jualan Honda CB750 Hornet 2023 bermula dari 319,000 (RM41,455).

Baca: Honda CB750 Hornet 2023

Berita Berkenaan

Berita Global
Unit yang dipamerkan ini merupakan unit pemanduan sebelah kiri, di mana menurut laporan…
Berita Global
Rata-ratanya berada di dalam kelas yang lebih mahal dan di luar kemampuan golongan kebanyakan…
Berita Global
Sehingga acara Bangkok Internasional Motor Show 2023 berlangsung pada ketika ini, Toyota langsung…