Honda CBR250RR 2021 sah masuk Malaysia hujung tahun ini!

oleh Mohamad Hanif|
Setelah sekian lama menanti, para peminat motosikal sports Honda CBR250RR kini boleh menarik nafas lega apabila Boon Siew Honda dilaporkan bakal membawa masuk versi facelift yang dilancarkan beberapa bulan yang lalu untuk pasaran Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan daripada rakan media Bikes Republic, Honda CBR250RR 2021 akan mendarat di pasaran Malaysia menjelang akhir tahun ini.

Ketika pelancarannya pada bulan Julai yang lalu, Honda CBR250RR membawakan beberapa peningkatan dan naiktaraf, di mana enjin 250 cc itu kini berupaya menghasilkan 41 PS dan daya kilas maksimum 25 Nm.

 


Aspek pengendalian pula terdiri daripada fork hadapan USD 37 mm, brek jenis cakera 310 mm hadapan dan 240 mm di belakang, ciri ABS dua saluran, klac Slipper/Assist, quickshifter dan tiga mod tunggangan.

Selain daripada itu, ciri-ciri lain yang dimuatkan seperti skrin paparan jenis LCD serta sistem pencahayaan LED sepenuhnya depan dan belakang.

Harga jualan untuk pasaran Jepun bermula dari 821,700 yen atau RM32,041 mengikut kadar pertukaran matawang semasa, jadi Careta menganggarkan julat harga jualan untuk pasaran Malaysia tidak akan lari jauh daripada harga yang disebutkan tadi.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Model 2022 menerima reraut (fairing) dan ekor baharu yang menyerlahkan lagi karakter ala…
Berita Global
Versi facelift yang dilancarkan ini membawakan beberapa perubahan, seperti contoh reka bentuk yang…
Pelancaran Motosikal
Penawaran warna baharu ini dilihat menguatkan lagi karakter Honda CBR250RR yang membawakan DNA…