Honda Civic 2022 - tiga varian, enjin 1.5 liter turbo, harga dari RM126k

oleh Mohamad Hanif|
Honda Malaysia akhirnya secara rasmi melancarkan generasi baharu sedan segmen C Honda Civic 2022 untuk pasaran Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Semenjak tempahan dibuka, Honda Malaysia mencatatkan jumlah tempahan sebanyak 1,200 unit, dan mereka menyasarkan jualan sebanyak 900 unit sebulan.

Ditawarkan dalam tiga varian, Honda Civic kini standard dengan enjin 1.5 liter turbo VTEC yang mampu menjana 182 PS @ 6,000 rpm dan daya kilas 240 Nm @ 1,700-2400 rpm.
 

Civic


Ia dipadankan dengan transmisi CVT, di mana pecutan 0-100 km/j mengambil masa 8.3 saat-8.5 saat bergantung kepada varian.

Buat pertama kalinya, Honda Malaysia memperkenalkan varian RS dengan gaya luaran yang lebih sporti, dengan ciri seperti kemasan hitam pada pemegang pintu, cermin sisi, antena sirip jerung, serta rim aloi hitam bersaiz 18 inci.
 

Civic


Jika dibandingkan dengan Civic terdahulu, ruang dalaman Civic generasi baharu kini dipertingkatkan dengan rekaan yang lebih premium, seperti contoh kemasan jeriji sarang lebah, tempat duduk serta roda stereng balutan kulit, jahitan kontras merah (varian RS), serta sistem pencahayaan ruang kaki.

Varian V dan RS didatangkan dengan skrin paparan Display Audio bersaiz 9 inci yang menyokong sambungan kepada Apple CarPlay dan Android Auto.

Sementara standard untuk semua varian adalah skrin paparan TFT bersaiz tujuh inci, slot USB untuk tempat duduk belakang, serta ciri penyeka kaca pintar, pertama kali diperkenalkan untuk kereta Honda Malaysia.
 

Civic


Selain daripada itu, Honda Malaysia juga turut berani memperkenalkan ciri Honda SENSING secara standard untuk semua varian dengan ciri baharu sistem notifikasi pergerakan kenderaan hadapan yang melengkapi ciri-ciri sedia ada seperti:

  • Kawalan Jelajah Adaptif
  • Sistem Mengikut Kenderaan (kelajuan rendah)
  • Sistem Brek Mitigasi Pelanggaran
  • Sistem Amaran Pelanggaran Hadapan
  • Sistem Bantuan Kekal Lorong
  • SIstem Mitigasi Keluar Jalan
  • Amaran Keluar Lorong
  • Bantuan Suluhan Tinggi Automatik

Ciri keselamatan lain termasuklah Honda LaneWatch, enam beg udara, Bantuan Kestabilan Kenderaan, Bantuan Mula Mendaki, Amaran Berhenti Kecemasan, Sistem Brek ABS, serta ciri baharu Amaran Tali Pinggang Keledar penumpang belakang dan sistem pemantauan tumpuan pemandu.
 

civic


Tidak ketinggalan, ciri Honda CONNECT yang mengaplikasikan teknologi telematik pintar yang memberikan kelebihan dari segi keselamatan, sekuriti dan kemudahan, serta membolehkan pemilik menghubungkan kenderaan mereka menggunakan aplikasi peranti pintar.

Harga jualan adalah seperti berikut:
Civic 1.5 E - RM125,634.64
Civic 1.5 V - RM138,043.36
Civic 1.5 RS  - RM144,350.09

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Namun begitu kami yakin ia mampu dicapai berdasarkan rekod jualan yang baik bagi tahun lalu yang…
Berita Domestik
Pencapaian tersebut menjadikan Honda Malaysia kekal kedudukan nombor satu dalam negara untuk…
Berita Domestik
Sebagai varian yang paling tinggi dalam penawaran SUV CR-V generasi baharu, CR-V e:HEV RS…