Honda CR-V 2023 raih 5 bintang ujian penilaian ASEAN NCAP

oleh Mohamad Hanif|
Program Penilaian Kenderaan Baharu untuk Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP) telah mengumumkan keputusan ujian penilaian terbaharu, menyaksikan Honda CR-V generasi keenam berjaya meraih skor lima bintang penuh untuk kali ketiga.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

SUV segmen C Honda CR-V pertama kali diuji pada tahun 2014, di mana ia berjaya memperoleh lima bintang untuk kategori Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP) dengan skor 15.46/16.00, dan empat bintang untuk Perlindungan Penumpang Kanak-kanak (COP) dengan skor 86 peratus.

Honda CR-V juga merupakan model pertama yang diuji di bawah protokol 2017-2020 ASEAN NCAP, di mana dalam ujian kedua CR-V telah berjaya meraih penarafan lima bintang dengan skor keseluruhan 88.80 mata.

 


Untuk ujian penilaian tahun ini, Honda CR-V 2023 telah berjaya memperoleh penarafan lima bintang buat kali ketiga, dengan jumlah skor keseluruhan sebanyak 87.16 poin di bawah protokol terbaharu 2021-2025 ASEAN NCAP.

Untuk kategori perlindungan penumpang dewasa (AOP), Honda CR-V 2023 mencatatkan skor 39.31/40.00, diikuti 17.97/20.00 untuk kategori perlindungan penumpang kanak-kanak (COP), 18.57/20.00 untuk bantuan keselamatan (SA) dan 11.32/20.00 untuk kategori keselamatan pengguna motosikal (MS).
 

CRV


Menyumbang kepada pencapaian cemerlang dalam ujian ASEAN NCAP ialah spesifikasi standard CR-V itu sendiri yang menawarkan ciri seperti lapan beg udara, Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Brek Anti-Kunci (ABS), Sistem Peringatan Tali Pinggang Keledar (SBR) untuk penumpang depan dan belakang, Brek Kecemasan Autonomi (AEB), Bantuan Suluhan Tinggi Automatik (AHB), teknologi perlindungan pejalan kaki dan pengesanan kehadiran kanak-kanak (CPD) untuk semua varian.

Selain itu, terdapat juga ciri keselamatan termaju yang ditawarkan secara standard atau opsyen seperti Amaran Pelanggaran Hadapan (FCW), Amaran Keluar Lorong (LDW), Bantuan Pengekalan Lorong (LKA), Pemantauan Tumpuan Pemandu (DAM), Visualisasi Titik Buta (BSV) untuk bahagian penumpang (Honda LaneWatch) serta ciri FCW dan AEB untuk motosikal.
 

crb


Honda CR-V generasi keenam telah pun rasmi masuk pasaran negara jiran Thailand beberapa bulan yang lepas, dan ia dijangka akan masuk pasaran Malaysia pada tahun ini.

Baca: BIMS 2023 – Honda CR-V 2023 masuk pasaran Thailand

Baca: Honda CR-V generasi baharu, pilihan enjin 1.5 liter turbo, atau 2.0 liter hibrid

Berita Berkenaan

Berita Global
Difahamkan, Triton merupakan trak pikap pertama yang diuji di bawah protokol penilaian 2021-2025.…
Berita Domestik
Secara keseluruhan, Proton S70 telah mendapat skor setinggi 82.95 poin berdasarkan empat kategori…
Berita Domestik
Tahukah anda? model Vios merupakan antara lapan model pertama yang diuji oleh ASEAN NCAP semasa…