Honda CR-V 2024, tempahan dibuka, pilihan enjin 1.5L turbo, 2.0L e:HEV

oleh Mohamad Hanif|
Honda Malaysia hari ini secara rasmi membuka tempahan bagi model SUV Honda CR-V generasi keenam di semua 101 cawangan pengedar sah di seluruh negara.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

Buat pertama kalinya, Honda Malaysia turut memperkenalkan varian CR-V e:HEV RS membawakan penampilan yang lebih sporti dan premium.

Varian e:HEV RS ini membawakan ciri seperti unit pencahayaan LED penuh, rim aloi Berlina Black saiz 18 inci, struktur jeriji dengan corak jaring berwarna hitam berkilat serta fungsi Active Shutter Grille - untuk tujuan aerodinamik dan kecekapan bahan api.
 

CRV


Untuk pasaran Malaysia, Honda CR-V boleh didapati dengan dua pilihan enjin.

Versi standard hadir dengan enjin empat silinder sebaris 1.5 liter VTEC Turbo yang mampu menjana kuasa 193 PS dan 243 Nm, dipadankan dengan transmisi CVT dan pacuan semua roda Real Time AWD.

CR-V e:HEV RS pula tampil dengan trenkuasa e:HEV dengan Hybrid Traction Motor yang telah dipertingkatkan, di mana ia mampu menghasilkan 184 PS dan daya kilas 335 Nm, dan transmisi eCVT.
 

CRV


Ciri inovatif yang ada pada CR-V generasi baharu ini termasuklah sistem kamera 360 darjah, serta pintu belakang bebas tangan dengan fungsi tutup automatik (Walkaway Close).

Dari segi keselamatan, Honda CR-V 2024 ini menampilkan sistem Honda SENSING yang membawakan sehingga sembilan ciri keselamatan, termasuklah Adaptive Driving Beam dan Lane Keep Assist System.

Menurut Honda, sistem Honda SENSING terbaharu ini telah dinaiktaraf dengan kamera dan radar sudut lebar, dan penderia sonar yang dapat membantu fungsi Low Speed Braking Control.
 

CRV


Akhir sekali, fungsi telematik Honda CONNECT turut ditawarkan secara standard untuk model CR-V baharu.

Honda CR-V 2024 boleh ditempah menerusi laman web prebook.honda.com.my, atau aplikasi HondaTouch atau menerusi 101 pusat pengedar sah Honda di seluruh negara.

Honda Malaysia juga akan menganjurkan sesi pra-tonton Honda CR-V serba baharu ini di seluruh negara, perinciannya ada pada jadual di bawah:
 

CRV

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sumber yang dihubungi oleh Careta pula menerangkan bahawa tawaran itu ialah khusus untuk model City…
Telah Diuji
Penawaran HR-V juga agak unik di sini, di mana ia merupakan satu-satunya model SUV yang ditawarkan…
Pelancaran
Difahamkan, hanya 19 unit sahaja Honda Civic Type R yang akan dibawa untuk tahun ini, dan pelanggan…