Honda daftar tanda dagang "Prelude", bakal muncul sebagai EV sports?

oleh Mohamad Hanif|
Honda mungkin akan menghidupkan semula plet nama ikonik Prelude untuk model baharu yang akan dilancarkan kelak.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berdasarkan laporan terbaharu daripada MotorTrend, Honda telah mendaftarkan tanda dagang bagi nama Prelude pada 15 Ogos yang lalu, di mana langkah ini dilihat boleh menghalang pesaing daripada menggunakan nama tersebut pada kenderaan sebenar.
 

Honda


Ini memberikan petunjuk bahawa plet nama Prelude itu mungkin akan dipakaikan pada salah satu daripada dua buah kereta sports yang telah diacah pada tahun lepas.

Atau mungkin sekali akan digunakan pada model SUV elektrik, siapa sangka bukan?
 

Prelude


Terdapat ura-ura Honda akan melancarkan sesuatu yang istimewa bersempena dengan sambutan ulang tahun syarikat yang ke-75, seperti yang pernah dibuat sebelum ini pada ulang tahun ke-50 menerusi pelancaran Honda S2000.

Ada kemungkinan Honda Prelude akan muncul kembali sebagai sebuah kereta sports berkuasa elektrik, dengan senibina e:N dan konfigurasi motor elektrik pacuan roda belakang.
 

Prelude


Jika diimbas kembali sejarah lalu, Honda Prelude merupakan sebuah model coupe dua pintu pacuan roda depan yang telah muncul selama lima generasi dari tahun 1978 hingga tahun 2001.

Bermula dari generasi ketiga, angka jualan Honda Prelude terus merudum disebabkan oleh persaingan daripada model-model Honda itu sendiri, seperti contoh Honda Accord Coupe, Honda Civic Si, dan Honda S2000.

Sumber: MotorTrend

Berita Berkenaan

Berita Global
Berdasarkan kenyataan daripada wakil jurucakap Honda sebelum ini, Prelude Concept bukanlah sebuah…
Model Terbaharu
Namun Honda dilihat kekal teguh sebagai sebuah syarikat yang mementingkan kepuasan petrolhead…
Berita Global
Terdapat desas-desus yang mengatakan Honda bakal mengembalikan semula plet nama yang popular itu…