Honda Prelude tidak akan menjadi model yang paling sporti

oleh Mohamad Hanif|
Honda membuat kejutan di acara Japan Mobility Show 2023 dengan memperlihatkan sebuah model konsep kereta sports coupe Prelude Concept.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berdasarkan kenyataan daripada wakil jurucakap Honda sebelum ini, Prelude Concept bukanlah sebuah kereta elektrik (EV) sepenuh masa, akan tetapi sebuah kereta sports dengan sistem pacuan elektrik hibrid.

Dalam satu temubual terbaharu yang dijalankan oleh CarsGuide, ketua jurutera Honda Tomoyuki Yamagami menjelaskan Honda Prelude Concept bakal menjadi sebuah model global dengan sistem pemanduan sebelah kiri dan juga kanan.

Tiada sebarang perincian diberikan berhubung jenis trenkuasa hibrid yang bakal mendiami ruang enjin Prelude Concept.

 


Namun begitu, Yamagami mencadangkan Prelude Concept tidak akan menjadi sebuah model yang sporti sama seperti Honda Civic Type R.

"(Prelude Concept) tidak akan menjadi model yang paling sporti, paling lincah yang boleh dibawa masuk ke dalam litar."

Beliau turut mengesahkan Prelude Concept akan membawakan susun atur empat tempat duduk, walaupun mungkin sekali model tersebut akan membawakan susun atur 2+2 berdasarkan pengamatan pada garis bumbung model yang dipamerkan pada JMS 2023 tempoh hari.

Honda Prelude versi produksi sebenar dijangka akan mula dijual pada tahun 2025.

Sumber: CarsGuide

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Namun Honda dilihat kekal teguh sebagai sebuah syarikat yang mementingkan kepuasan petrolhead…
Berita Global
Berdasarkan laporan terbaharu daripada MotorTrend, Honda telah mendaftarkan tanda dagang bagi nama…
Berita Global
Terdapat desas-desus yang mengatakan Honda bakal mengembalikan semula plet nama yang popular itu…