Honda henti operasi pemasangan BR-V, City CKD di Filipina

oleh Mohamad Hanif|
Tatkala para peminat Honda di Malaysia masih terkesan dengan kenaikan harga sebanyak 9 peratus, para peminat Honda di Filipina pula menerima berita yang mengejutkan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan AutoIndustriya, Honda Cars Philippines mengumumkan penutupan kilang pemasangan Honda yang sudah beroperasi sejak 1990-an terletak di Santa Rosa, Laguna. 

Ini bermakna, Honda tidak akan lagi memasang model-model CKD di sana seperti Honda BR-V dan Honda City. 

Dalam satu kenyataan media, Honda Filipina dikatakan mahu menyelaras semula operasi di kedua-dua rantau Asia dan Oceania dan dalam erti kata lain, jumlah jualan BR-V dan City nampaknya tidak begitu memberangsangkan pada ketika ini. 

Dengan penutupan kilang pemasangan di Filipina, Honda akan menggunakan kapasiti pengeluaran sepenuhnya di Thailand sebagai hab produksi utama ASEAN untuk memenuhi pasaran sekitarnya. 

Selain daripada Honda, beberapa pengeluar utama turut membuat langkah yang sama sebelum ini seperti Ford dan juga Isuzu yang menghentikan pemasangan trak pikap D-Max di sana. 

Sumber: AutoIndustriya
Sumber gambar: TopGear PH

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Melalui strategi perniagaannya menjelang tahun 2023, Honda menyasarkan untuk mencapai jumlah jualan…
Berita Domestik
  Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Redzuan Salleh berkata, polis menerima maklumat…
Berita Domestik
Kempen panggil semula ini merupakan salah satu daripada langkah keselamatan berjaga-jaga yang…