Honda Malaysia lancar kempen 'I'm Vaccinated'

oleh Mohamad Hanif|
Honda Malaysia mengambil langkah proaktif dengan melancarkan kempen 'I'm Vaccinated' untuk meyakinkan para pelanggan dan juga pengedar untuk berurusan dengan selamat di pusat pameran di seluruh negara.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Serentak dengan itu, Honda Malaysia komited memastikan kesemua tenaga kerja di seluruh negara mendapat suntikan vaksin dalam tempoh yang telah ditetapkan, dan sehingga kini 80 peratus daripada kakitangan pengedar yang telah menerima vaksinasi lengkap dibenarkan untuk beroperasi di pusat pengedar masing-masing.

Honda turut mensasarkan untuk melengkapkan suntikan vaksinasi kesemua pengedar menjelang Oktober 2021.

Menurut Pengarah Urusan dan CEO Honda Malaysia, Madoka Chujo menjelaskan, "di bawah kempen "I'm Vaccinated", pekerja yang telah lengkap suntikan vaksin dalam tempoh 14 hari daripada suntikan kedua akan diberikan pelitup muka dan lencana 'I Am Fully Vaccinated' bagi memudahkan dicam oleh pengunjung.

"Kami percaya inisiatif ini mampu meningkatkan keyakinan pengunjung dan pelanggan untuk berurusan di pusat pengedar Honda, dan kami berharap ia mampu mendorong orang ramai untuk segera mendapatkan suntikan vaksin dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Khusus untuk kakitangan kerajaan, Honda Malaysia menawarkan "Government Staff Program" yang menawarkan pelbagai faedah tambahan bagi setiap pembelian Jazz atau crossover BR-V, selain menikmati diskaun khas sehingga RM1,000 ke atas promosi sedia ada bermula 1 September hingga 31 Oktober 2021.

Kakitangan kerajaan perlu menunjukkan surat tawaran dan kad identiti untuk proses pengesahan sebelum pendaftaran kereta dibuat.

Selain daripada itu, bersempena dengan sambutan Hari Malaysia, Honda Malaysia turut memperkenalkan September Special Benefits bermula 1 hingga 30 September dengan penjimatan sehingga RM6,000 untuk pembelian model kegemaran mereka.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Namun begitu kami yakin ia mampu dicapai berdasarkan rekod jualan yang baik bagi tahun lalu yang…
Berita Domestik
Pencapaian tersebut menjadikan Honda Malaysia kekal kedudukan nombor satu dalam negara untuk…
Berita Domestik
Sebagai varian yang paling tinggi dalam penawaran SUV CR-V generasi baharu, CR-V e:HEV RS…