Honda Malaysia panggil 7,050 unit Honda CR-V 2018 - isu punat tombol gear

oleh Mohamad Hanif|
Honda Malaysia hari ini mengumumkan kempen kemaskini produk melibatkan kira-kira 7,050 unit Honda CR-V model 2018.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tujuan kempen ini adalah untuk menggantikan punat tombol gear sebagai langkah berjaga-jaga. 

Ini adalah kerana terdapat laporan daripada beberapa pengguna yang mengadu mengalami kesukaran untuk menukar gear dari posisi Parking ke posisi lain. 

Program penggantian ini adalah percuma dan ditanggung sepenuhnya oleh Honda Malaysia. 

Manakala model CR-V yang sedang dijual pula tidak terjejas akibat kempen ini. 

Kesemua pelanggan yang terjejas akan diberikan notifikasi  supaya menghantar kenderaan mereka ke pusat servis untuk diperiksa. 

Sebagai sebuah syarikat yang mengutamakan pelanggan, Honda Malaysia memohon maaf atas kesulitan yang dialami oleh para pelanggannya. 

Untuk pertanyaan lanjut berkenaan kempen ini boleh menghubungi talian bebas tol Honda di 1-800-88-2020 atau melayari laman web www.honda.com.my. 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Namun begitu kami yakin ia mampu dicapai berdasarkan rekod jualan yang baik bagi tahun lalu yang…
Berita Domestik
Pencapaian tersebut menjadikan Honda Malaysia kekal kedudukan nombor satu dalam negara untuk…
Berita Domestik
Sebagai varian yang paling tinggi dalam penawaran SUV CR-V generasi baharu, CR-V e:HEV RS…