Honda Malaysia perkenal minyak enjin SP Grade

oleh Mohamad Hanif|
Honda Malaysia kini memperkenalkan rangkaian produk minyak pelincir baharu SP Grade yang mampu menawarkan perlindungan enjin yang lebih berkesan untuk para pemilik kenderaan Honda.

Pengenalan minyak pelincir SP Grade ini akan menggantikan barisan produk SN Grade kecuali SN 0W-30 Fully Synthetic yang masih lagi dikekalkan untuk enjin berprestasi tinggi seperti Honda Civic Type R.

Selain daripada itu, ia juga turut hadir dengan perlindungan terhadap rantai pemasaan, memberikan perlindungan daripada enapan suhu tinggi terhadap omboh dan pengecas turbo, valve train dan intake lifter, kestabilan pengoksidaan yang tinggi serta perlindungan terhadap sistem kawalan emisi.

Minyak berkelikatan rendah (SP 0W-20 Fully-Synthetic) pula membenarkan enjin untuk memaksimumkan tahap kecekapan dan dalam masa yang sama memberikan perlindungan tahap tinggi kepada komponen enjin utama.

Minyak pelincir SP Grade ini sesuai untuk kebanyakan enjin petrol dan enjin turbo, serta diluluskan dan disarankan oleh bahagian penyelidikan dan pembangunan (R&D) Honda.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Tujuan panggil semula dijalankan adalah untuk situasi berikut: 1. Kamera sistem bantuan pemandu…
Berita Domestik
Serentak dengan itu, pihak Honda Malaysia turut mengadakan upacara penyerahan unit HR-V RS e:HEV…
Berita Domestik
Dua warna baharu itu ialah Ignite Red Metallic yang menggantikan Passion Red Pearl, serta Meteoroid…