Menurut laporan daripada Reuters, firma tersebut sedang berbincang untuk menguasai pegangan di dalam Chongqing Jinkang New Energy Automobile, namun Seres masih lagi kekal sebagai salah satu aset syarikat tersebut.
Reuters mendakwa informasi tersebut datang dari dua sumber yang rapat dengan isu tersebut, namun wakil Huawei pantas memberikan respons "Huawei tidak akan membuat kereta" manakala wakil Chongqing Sokon pula tidak memberikan jawapan balas.
Menurut pakar, mereka melihat potensi Huawei untuk memasuki industri automotif sebagai peluang untuk memulihkan semula perniagaan disebabkan halangan kerajaan Amerika Syarikat terhadap perniagaan peranti pintar.
Ini dibuktikan lagi dengan langkah Huawei mengumumkan kerjasama dengan tiga syarikat pengeluar automotif China bagi membekalkan sistem operasi Huawei Inside, baru-baru ini.
Tambah Reuters lagi, perbincangan antara Huawei dan Chongqing Jinkang New Energy Automobile diketuai oleh Richard Yu, salah seorang eksekutif Huawei yang bertanggungjawab memacu firma tersebut menceburi bidang automotif, di mana perjanjian tersebut dipercayai akan dimuktamadkan menjelang bulan Julai ini.
Sumber: Reuters