Hypergear lancar kempen Merdeka, raikan laluan perjalanan indah di Malaysia

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Jenama beg kalis air tempatan terkemuka, Hypergear telah melancarkan kempen Merdeka yang menawarkan rangkaian produk beg pilihan khas, direka untuk penunggang basikal dan motorsikal.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kempen tahun ini bertujuan melengkapkan para penunggang basikal dan motosikal dengan peralatan menunggang terbaik untuk memulakan perjalanan mereka merentasi pelbagai laluan indah sambil menghargai sepenuhnya kecantikan Malaysia. 

 

2

 

Menjadi jenama kelahiran tempatan, rangkaian beg kalis air bermutu tinggi Hypergear melambangkan ketahanan dan fungsi, direka dalam pelbagai bentuk dan gaya yang sesuai untuk setiap perjalanan dan pengembaraan.

Setiap beg telah direka untuk memastikan barangan penunggang kekal selamat dan terlindung sepanjang perjalanan sambil menampilkan gaya yang selaras dengan personaliti.

 

3

 

Semenjak diperkenalkan, Hypergear telah membina reputasi sebagai rakan gaya hidup kaki kembara, khususnya peminat aktiviti luar yang lasak. 

Komitmen Hypergear untuk menawarkan beg kalis air bermutu tinggi telah menjadikannya teman setia bagi individu yang mengutamakan ciri-ciri pengembaraan dan fungsi

 

4

 

Dengan pilihan luas rangkaian pakaian aktif Hypergear melengkapi beg kalis air, ia menjadikannya pilihan utama bagi kaki kembara.

Sempena Hari Kemerdekaan ke-66 tahun ini, Hypergear mengajak semua penggemar aktiviti lasak, penunggang dan pencinta keindahan alam untuk meneroka keindahan Malaysia bersama kelengkapan Hypergear anda.

 

5

 

Untuk meneroka rangkaian beg berkualiti terpilih Hypergear dan memulakan pengembaraan Merdeka anda, layari laman web Hypergear Malaysia.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kerjasama ini memberi peluang kepada orang ramai untuk merasai tarikan kedua-dua jenama dan produk…
Berita Domestik
Konsep jualan Big Bike Warehouse ini pertama kali dianjurkan oleh Goh Brothers Group pada tahun…
Gaya Hidup
Idea ini sebenarnya tercetus ketika pemilik jenama ini, Jack Lee dan rakan-rakan perniagaannya…