Hyundai bakal pasang EV Ioniq 5 di Indonesia

oleh Mohamad Hanif|
Hyundai nampaknya mengorak langkah baharu dengan menjadikan negara jiran Indonesia sebagai lokasi kedua bagi pemasangan model kenderaan elektrik (EV) Hyundai Ioniq 5 pada masa akan datang.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Menurut laporan daripada OtoDriver, Hyundai Ioniq 5 bakal dipasang di fasiliti Hyundai yang terletak di Cikarang, Jawa Barat pada bulan ini dengan sasaran awal sebanyak 1,000 unit untuk tahun pertama.

Angka tersebut dijangka meningkat kepada 1,500 unit per tahun untuk 2023, diikuti 2,000 unit untuk tahun ketiga dan 2,500 unit untuk tahun berikutnya.

Menurut sumber itu lagi, Hyundai Ioniq 5 pemasangan Indonesia itu bakal dieksport ke pasaran Asia Tenggara.

Untuk makluman, Hyundai-Sime Darby Motors telah pun membuka tempahan bagi model Hyundai Ioniq 5 dengan yuran tempahan serendah RM1,000 sahaja.

Baca: HSDM buka tempahan Ioniq 5, dua pilihan pek bateri
Baca: Hyundai Ioniq 5

Sumber: OtoDriver

Berita Berkenaan

Berita Global
Hyundai Ioniq 5 Limited 2025   Ada lagi perkhabaran besar, Ioniq 5 juga model Hyundai pertama…
Berita Global
  Teknologi SmartSense untuk Santa Fe Prestige dan ke atas: Bantuan Pengelakan Pelanggaran…
Berita Global
Sektor EV Thailand kini dikuasai oleh pembuat kereta China, termasuk BYD dan Great Wall Motors,…