Ditawarkan dengan varian tunggal iaitu Plus, Hyundai menawarkan sebuah SUV segmen B yang lengkap dengan ciri keselesaan, keselamatan dan reka bentuk futuristik.
Sebagai sebuah SUV segmen B, Hyundai Creta memiliki saiz dimensi 4,315 mm panjang, 1,790 mm lebar, 1,630 mm tinggi dan 2,610 mm jarak roda, meletakkannya di tengah-tengah antara Kona dan Ioniq 5.
Bagi menyerlahkan rupanya berbanding seteru lain, reka bentuk Hyundai Creta didatangkan dengan rekaan yang amat futuristik.
Pada bahagian depan, ia dilengkapi lampu DRL yang kelihatan seakan-akan sebati dengan jeriji apabila tidak dihidupkan, bersama lampu utama projektor LED pada bahagian bumper yang kelihatan agresif.
Di bahagian belakang juga, rekaan yang didatangkan pada lampu belakang memberikan rupa agak unik.
Pada bahagian dalam, Hyundai Creta dilengkapi pelbagai teknologi terkini seperti kluster instrumen TFT LCD bersaiz 10.25 inci, serta skrin infotainmen bersaiz 8 inci lengkap dengan fungsi Android Auto dan Apple CarPlay tanpa wayar.
Seperti kebanyakan pesaing yang lain, ia turut dilengkapi fungsi pengecaman suara, ventilasi penghawa dingin pada konsol tengah untuk bahagian belakang, dan brek parkir elektronik serta fungsi Auto Hold.
Dari segi keselamatan, Hyundai Creta dilengkapi dengan pakej bantuan pemanduan Hyundai SmartSense yang merangkumi Foward dan Blind Spot Collision-Avoidance Assist, Safe Exit Warning dan High Beam Assist.
Untuk pasaran Malaysia, Hyundai Creta ditawarkan dengan 6 pilihan warna iaitu Dragon Red Pearl, Galaxy Blue Pearl, Titan Grey Metallic, Midnight Black Pearl dan Creamy White Pearl.
Dengan harga dari RM149,888 tidak termasuk insurans, HSDM menawarkan tambahan waranti 5 tahun atau 300,000 km, serta 3 tahun atau 50,000 km servis percuma untuk 150 pembeli terawal.