Hyundai henti pembangunan teknologi hidrogen?

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada Toyota, Hyundai merupakan salah satu pengeluar yang turut memfokuskan perhatian terhadap trenkuasa alternatif hidrogen.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, berita terbaharu yang datang daripada The Chosun ini mampu mengejutkan semua pihak apabila pelan untuk menghasilkan generasi ketiga sel bahan api hidrogen untuk jenama Genesis dihentikan secara serta-merta.

Lebih mengejutkan apabila Hyundai baharu sahaja membentangkan Hydrogen Vision 2040 beberapa bulan yang lalu.

Menurut laporan itu lagi, audit dalaman mendedahkan jenama itu tidak mampu untuk mencapai sasaran asal dari segi pengurangan kos produksi.

Meskipun Hyundai tidaklah terus mengabaikan projek ini, namun pengeluar itu terpaksa berhadapan dengan masalah teknikal, selain masalah kebolehpasaran dan infrastruktur yang masih lagi tidak sempurna.

Menurut sumber yang rapat dengan perkara tersebut, keputusan untuk menghentikan pembangunan tersebut telah diputuskan bulan lalu setelah semakan dalaman dibuat.

September lalu, Hyundai turut memperlihatkan sebuah model konsep kereta sports berkuasa hidrogen, Vision FK yang dikatakan mampu menghamburkan kuasa setinggi 671 hp dan pecutan 0-100 km/j dalam masa kurang empat saat, serta jarak operasi sejauh 600 km.

KEMASKINI: Wakil Hyundai menafikan laporan yang diterbitkan oleh The Chosun Ilbo: "Syarikat Hyundai menafikan spekulasi tersebut, dan mendakwa perancangan pembangunan trenkuasa elektrik dan sel bahan api generasi baharu untuk Genesis masih lagi berjalan seperti biasa."

Sumber: The Chosun Ilbo, Maeil Business

Berita Berkenaan

Berita Global
"Kami sedang mengusahakan generasi kelima untuk model sedan yang menggunakan tenaga hidrogen.…
Berita Global
Sudah semestinya hidrogen dilihat sebagai salah satu alternatif penjana kuasa yang dapat membantu…
Berita Global
Namun, bagi mereka yang memiliki pandangan yang tajam boleh membezakannya dengan melihat struktur…