HYUNDAI IONIQ 5 FACELIFT 2025 - BATERI LEBIH BESAR, KEMASAN N-LINE BAHARU

oleh Firdaus Razani|
Selepas tiga tahun tiga tahun dilancarkan, jenama automobil Korea Selatan iaitu Hyundai memperkenalkan model kenderaan elektrik (EV) Ioniq 5 N yang telah diubah suai dan dikemaskini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Model crossover EV tersebut mendapat kelebihan daripada kemas kini luaran dan dalaman, pek bateri yang lebih besar serta menyertai barisan model dengan kemasan N Line yang sporty.

 

ioniq5

 

Secara visual, Hyundai Ioniq 5 masih dikenali dengan reka bentuk asasnya, tetapi kali ini, kemas kini dilakukan kepada bampar depan dan belakang yang direka bentuk semula.

Bahagian air intakenya menerima sedikit sentuhan dengan dilebarkan daripada sebelumnya dan sentuhan yang sama untuk bahagian fasia belakang yang lebih bersih.

Ia turut mendapat reka bentuk aero baharu pada bahagian roda aloi, serta spoiler belakang yang lebih besar yang telah dipanjangkan sebanyak 50 mm.

 

ioniq5

 

Secara keseluruhannya, EV facelift kali ini adalah 20 mm lebih panjang daripada model pertamanya, dengan panjang sehingga 4655 mm.

Selain itu, bagi Hyundai Ioniq 5 N Line, yang juga merupakan tambahan baharu dalam barisan N Line, ia dibezakan dengan bodykit versi khusus yang dihiasi dengan beberapa lencana N Line.

Pada bahagian bampar hadapan, ia mempunyai kepak berwarna terang yang diinspirasikan oleh Ioniq 5 N, dengan sentuhan serupa pada bahagian belakang.

Bahagian profilnya pula dipertingkatkan dengan fender yang mengikut warna badan, serta hadir dengan skirt sisi yang diubah suai dan set roda aloi 20 inci baharu.

 

ioniq5

 

Untuk bahagian dalaman, model ini mempunyai beberapa sentuhan unik termasuk stereng berbeza, tempat duduk sports, pedal logam, pelapik hitam, aksen baharu pada papan pemuka, jahitan merah dan banyak lagi lencana N Line.

Ergonomik Ioniq 5 telah ditambah baikkan dengan penambahan butang fizikal baharu pada konsol tengah untuk mengawal ciri-ciri tambhan yang lebih kompleks.

Selain itu, pad pengecas tanpa wayar telah dipindahkan lebih tinggi yang disusun secara menegak, kawalan A/C dan infotainmen telah direka bentuk semula untuk operasi yang lebih mudah.

Sistem infotainmen generasi terbaharu dipanggil “connected car Navigation Cockpit” dan serasi dengan kemas kini perisian tanpa wayar.

 

ioniq5

 

Ioniq 5 facelift terbaharu ini juga hadir dengan pek bateri berkapasiti 84kWj yang lebih besar menggantikkan unit pek bateri sebelum ini yang hanya berkapasiti 77.4kWj.

Walaupun Hyundai belum mengumumkan angka rasmi kapasiti bateri tersebut, tetapi ia dianggarkan boleh mempunyai jarak gerak yang lebih jauh dari pek bateri sebelum ini yang mampu bergerak dengan jarak gerak 507km WLTP.

Syarikat tersebut juga tidak menyebut sebarang perubahan pada rangkaian kuasa elektrik tunggal dan dwi-motor yang antaranya menghasilkan kuasa antara 168hp dan 321hp untuk Ioniq 5.

Hyundai Ioniq 5 facelift terbaharu akan mula tersedia di Korea mulai Mac 2024, dengan pasaran global akan menyusul secara beransur-ansur dalam tahun ini.

 

ioniq5

 

SUMBER : Carscoops

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun begitu Hyundai mengakui bahawa ujian itu adalah satu simulasi sahaja kerana ia dilakukan di…
Berita Global
  Jarak roda Sonata Taxi 70 milimeter (mm) lebih panjang berbanding teksi Sonata New Rise (…
Berita Global
  Saiz DAL-e Delivery sebenarnya lebih kecil berbanding model terdahulu dan dapat beroperasi…