Jelajah tersebut bermula di Singapura, kemudian melalui Malaysia, Thailand, Kemboja dan tiba di destinasi terakhir iaitu Hon Chi Minh City, Vietnam pada 30 November 2023.
Ia menjadikan ekspedisi tersebut, jelajah EV yang paling banyak negara dikunjungi di serantau Asia Tenggara dengan jumlah perjalanan 3,197KM, malah melebihi 446KM daripada kiraan awal.
Objektif ekspedisi tersebut bertujuan untuk menguji Hyundai IONIQ 5 dalam mempamerkan keupayaan bergerak untuk jarak jauh, penjimatan kos perjalanan, serta membuktikan kebolehan dan kelebihan kenderaan elektrik (EV).
Selain mempamerkan kebolehan model IONIQ 5, tujuan lainnya adalah untuk membuktikan kebolehan EV kepada masyarakat di Asia Tenggara yang kini masih meragui keupayaan EV.
Tambahan pula, IONIQ 5 juga membuktikan kecekapan kos dengan penjimatan kos sejumlah $116 (RM537), dua kali ganda lebih jimat berbanding kenderaan enjin petrol (ICE).
Presiden Hyundai Motor ASEAN HQ, Youngtack Lee berkata "Dedikasi kami untuk menjadikan kenderaan elektrik lebih mudah diakses sebagai penyelesaian mobiliti bersih yang muktamad untuk hari esok telah mengambil lonjakan besar ke hadapan.”
Ia setelah kejayaan Jelajah ASEAN IONIQ 5 untuk mendorong dalam memperkasakan inovasi Hyundai yang dalam mengukuhkan infrastruktur serta ekosistem EV di Asia Tenggara.
“Perjalanan mungkin telah berakhir, tetapi keseronokan elektrik baru sahaja bermula." Tambahnya lagi.
Untuk Jelajah ASEAN IONIQ 5 ini, ia terdiri daripada lima unit kenderaan, dua dikeluarkan di Indonesia dan tiga di Singapura.
PENULIS : FIRDAUS RAZANI