Hyundai kata ada 37,000 gaya pemanduan!

oleh HEZERI SAMSURI|
Kajian terbaharu oleh Hyundai di United Kingdom mendapati ada hampir 37,000 jenis gaya pemanduan.

Hyundai menyoal lebih kurang 2,000 orang pemandu di UK untuk menyelidik sikap pemandu terhadap pelbagai gaya pemanduan, kenderaan bahan api alternatif (AFV) dan kesangsian mereka terhadap kenderaan elektrik (EV).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ada lima gaya pemanduan asas yang boleh dirumuskan dari hasil kajian Hyundai itu.

  1. Yakin (28 peratus)
  2. Tepat dan teliti (24 peratus)
  3. Tenang (19 peratus)
  4. Takut-takut (7 peratus)
  5. Agresif (7 peratus)

Kajian itu mendapati 31 peratus lelaki melabelkan diri mereka sebagai pemandu yang berkeyakinan sementara hanya 25 peratus pemandu wanita yang memilih label tersebut.

Lebih ramai wanita yang merasakan diri mereka takut-takut bila berada di belakang stereng.

Hasil lain yang menarik dari kajian itu termasuklah:

  • 92 peratus berkata mereka tidak pernah hon pada pemandu lain
  • Lebih dari dua perlima (42 peratus) memperlahankan kenderaan mereka dan membenarkan bas memintas
  • Lebih dari satu pertiga (37 peratus) yang memastikan mereka berterima-kasih kepada pemandu lain ketika memandu
  • Satu perlima dari pemandu-pemandu yang ditanya mengaku memecut bila nampak lampu kuning pada lampu isyarat
  • 21 peratus pemandu AFV percaya mereka lebih tenang dari pemandu kenderaan dengan enjin biasa (19 peratus)

Menarik bukan?
  

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun begitu Hyundai mengakui bahawa ujian itu adalah satu simulasi sahaja kerana ia dilakukan di…
Berita Global
  Jarak roda Sonata Taxi 70 milimeter (mm) lebih panjang berbanding teksi Sonata New Rise (…
Berita Global
  Saiz DAL-e Delivery sebenarnya lebih kecil berbanding model terdahulu dan dapat beroperasi…