Hyundai kini pengeluar ketiga terbesar di dunia di belakang Toyota, VW

oleh Mohamad Hanif|
Jenama automotif Korea Selatan, Hyundai kini mengejar rapat Toyota dan Volkswagen untuk menjadi pengeluar automotif ketiga terbesar di dunia.

Ini bermakna, angka jualan tahunan Hyundai kini telah berjaya mengatasi beberapa syarikat besar dan terkemuka seperti General Motors, Nissan dan Stellantis.

Dalam satu temubual yang dijalankan oleh Bloomberg, presiden Hyundai Jaehoon Chang berkata, "kami kini berada di landasan yang tepat, dan tahun ini kami sangat kuat.

"Pengurusan rantaian bekalan kami merupakan kunci utama. Kami cuba untuk menjadi fleksibel dan melindungi pengeluaran sebanyak mungkin walaupun berdepan dengan masalah kekurangan cip semikonduktor.

Di Ulsan, Hyundai kini mempunyai kilang pemasangan kenderaan yang terbesar di dunia dengan kapasiti pengeluaran tahunan berjumlah 1.4 juta kenderaan.

Dengan kehadiran sembilan lagi kilang di seluruh dunia, Hyundai berjaya menjual kira-kira 6.6 juta unit kenderaan sepanjang tahun 2021.

Untuk tahun ini, pendapatan Hyundai dijangka berkembang sebanyak 21 peratus kepada 141.7 trilion won (RM477 bilion), kadar pertumbuhan tertinggi di kalangan pengeluar kenderaan utama menurut analisa pakar.

Sumber: The Japan Times

Berita Berkenaan

Berita Global
Disebabkan beberapa model Hyundai dan Kia yang dijual di US sehingga tahun 2021 tidak dipasang…
Berita Global
  Bentuk Pony Coupe Concept begitu menyerlah dan futuristik dan lambang kepada impian besar. …
Berita Global
  Ada dua versi i20 yang dibahagi kepada Eropah dan India. i20 India mempunyai ukuran panjang 45…