Hyundai mahu realisasikan N Vision 74, unit produksi terhad, muncul 2026

oleh Mohamad Hanif|
Nasib model konsep Hyundai N Vision 74 berada dalam keadaan tidak menentu tahun ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam laporan terawal oleh penerbitan Korea Selatan, Hyundai dikatakan berminat untuk merealisasikan projek ini sebelum perkara itu dinafikan sendiri oleh Hyundai dalam bulan yang sama.
 

N


Kini, satu lagi laporan daripada Korea ETNews.com mendedahkan Hyundai telah memberikan lampu hijau untuk produksi N Vision 74.

Laporan itu turut menyebut ia bakal dihasilkan dalam 100 unit terhad - 70 daripadanya untuk kegunaan jalan raya manakala selebihnya dikhaskan untuk perlumbaan.
 

ET


N Vision 74 versi produksi itu juga dijangka mampu menghasilkan kuasa setinggi 800 hp daripada trenkuasa motor elektrik berkembar berkuasa hidrogen.

Berbanding jarak gerak yang asal sejauh 644 km, Hyundai menyasarkan N Vision 74 versi produksi ini menawarkan jarak gerak sejauh 402 km hingga 483 km.

Sumber: ETNews.com

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun begitu Hyundai mengakui bahawa ujian itu adalah satu simulasi sahaja kerana ia dilakukan di…
Berita Global
  Jarak roda Sonata Taxi 70 milimeter (mm) lebih panjang berbanding teksi Sonata New Rise (…
Berita Global
  Saiz DAL-e Delivery sebenarnya lebih kecil berbanding model terdahulu dan dapat beroperasi…