Hyundai Malaysia dedah teaser Kona facelift - pelancaran dalam masa terdekat?

oleh Mohamad Hanif|
Walaupun sebelum ini dilihat agak ketinggalan, namun usaha Hyundai-Sime Darby Motors sejak kebekalangan ini harus dipuji memandangkan mereka kini aktif membawa masuk model-model terkini untuk pasaran tempatan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tidak pun lama selepas pelancaran di peringkat global, Hyundai Kona facelift kini dijadualkan kemunculannya dalam masa terdekat berdasarkan hantaran yang dibuat menerusi laman media sosial Facebook semalam.

Tidak seperti model Kona pra-facelift yang hadir dengan dua pilihan enjin, Kona Facelift 2021 ini hanya ditawarkan dalam satu pilihan enjin sahaja, iaitu nadi Smartstream G2.0 yang menghasilkan 149 PS dan 180 Nm, sementara pilihan enjin 1.6 liter turbo pula tidak dinyatakan.

Selain daripada itu, Kona facelift juga turut membawakan perubahan besar di bahagian luar, di mana muka hadapan telah diberikan nafas baharu, lampu DRL yang diperbaharui, gril baharu, serta unit lampu belakang dengan grafik yang lebih menarik.

Spesifikasi penuh Hyundai Kona pra-facelift dan Kona facelift boleh dibaca menerusi pautan di bawah:

Hyundai Kona 2020
Hyundai Kona facelift 2021

Berita Berkenaan

Berita Global
  Bukan semua model (baca Staria) tetapi Kona tampil sporti dengan kit N Line sejak generasi…
Berita Global
  Terbaru Hyundai United Kingdom mengumumkan varian dan harga KONA dengan rangkaian kuasa…
Berita Global
Terdapat beberapa pilihan varian ditawarkan untuk pasaran Amerika Syarikat, termasuklah versi enjin…