Hyundai Tucson N Line, bukan SUV biasa-biasa!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Hyundai dan KIA lahir daripada induk sama. Model pun sama cuma yang membezakan kedua-duanya ialah sasaran pelanggan dan penjenamaan.

Hyundai lebih terarah kepada segmen mewah dan kini menarik perhatian pelanggan yang mahukan penampilan dan pemanduan sporti.

Lihat sahaja penyertaan Hyundai di dalam Kejuaraan Rali Dunia (WRC) dan perlumbaan TCR. Lebih mengujakan apabila Hyundai sudah mula mengacah hot hatuch seperti Renault Megane R.S, Ford Focus RS, Volkswagen Golf GTI dan Honda Civic Type R melalui model i30 N dan Veloster N.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Hyundai Tucson N Line

 

Hyundai i30 N dan Veloster N bukan dibuat sembarangan, di belakangnya ialah Albert Biermann yang merupakan bekas ketua di BMW M.

Selepas i30 N dan Veloster N, Hyundai keluarkan pula i30 N Fastback untuk pelanggan yang mahukan ruang lebih besar.

Namun tidak semua pelanggan mahukan kuasa, ada yang lebih selesa dengan penampilan sporty dan untuk itu Hyundai mengeluarkan siri N Line untuk i 30 dan i 30 Fastback.

Persamaan di antara kedua-dua model ini ialah ia berada dalam segmen kereta penumpang. Habis, bagaimana dengan pelanggan yang lain citarasanya?

 

Hyundai Tucson N Line

 

Hyundai memberikan jawapan tersebut melalui pengenalan baharu SUV Tucson N Line.

Penawaran ini adalah sesuatu yang logikal memandangkan pelanggan hari ini semakin meminati SUV dan varian sporty turut ditawarkan pesaing seperti Volkswagen Tiguan R Line.

Tucson sebenarnya adalah model terlaris Hyundai di Eropah dan penawaran baharu ini menambah sedikit perisa untuk pilihan pelanggan.

Berikut ialah ciri-ciri pada Hyundai Tucson N Line:

  • Direka, diuji dan dipasang di Eropah 
  • Ditawarkan dalam tiga varian nadi kuasa dengan pacuan 2WD dan 4WD
  • Enjin terdiri daripada 2.0 liter CRDi 48V diesel mild hybrid 185 PS, 1.6 liter T-GDI 177 PS dan enjin baharu 1.6 liter CRDi 48V mild hybrid 136 PS
  • Stereng berkuasa kawalan motor (MDPS) ditala semula untuk pemanduan sporty. Perubahan pada perisian menjadikan rasa yang lebih 'direct' dan linear
  • Spring suspensi kini lebih tegar iaitu sebanyak 5 peratus pada bahagian depan dan 8 peratus pada bahagian belakang
  • Bamper depan dengan gril bercorak baharu dan bingkai berwarna hitam kilat
  • Lampu depan berwarna gelap, bingkai cermin pintu dan cermin sisi berwarna hitam
  • Bahagian dalam dilengkapi kerusi sport N dengan kombinasi balutan kulit dan suede serta kemasan sulaman merah pada stereng dan kerusi
  • Pedal minyak dan brek daripada aluminium dan tombol gear balutan kulit dengan kemasan merah dan logo N

 

Hyundai Tucson N Line

 

Hyundai Tucson N Line ini sama seperti i30 N Line dan i30 Fastback N Line hanya ditawarkan untuk pelanggan di Eropah. Tidak dapat dipastikan sama ada ia bakal ditawarkan di pasaran tempatan.

Dengan citarasa pelanggan tempatan yang mahukan sesuatu yang berbeza dan sporty untuk kenderaan mereka, model N Line dilihat dapat menarik perhatian selain daripada meningkatkan lagi imej Hyundai di mata pengguna.

Dalam konteks ini nampaknya KIA lebih memahami apabila memperkenalkan Stinger dan Picanto GT-Line.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Hyundai Tucson N Line

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun begitu Hyundai mengakui bahawa ujian itu adalah satu simulasi sahaja kerana ia dilakukan di…
Berita Global
  Jarak roda Sonata Taxi 70 milimeter (mm) lebih panjang berbanding teksi Sonata New Rise (…
Berita Global
  Saiz DAL-e Delivery sebenarnya lebih kecil berbanding model terdahulu dan dapat beroperasi…