Namun, Kia nampaknya sudah pun bersedia untuk melancarkan SUV saiz pertengahan tersebut dengan kemunculan tanpa sebarang pelekat samaran di sebuah jalan di California, baru-baru ini.
Walaupun ia bertaraf facelift, Kia Sorento nampaknya memiliki dimensi yang lebih besar berbanding model terdahulu, selain menampilkan beberapa elemen-elemen yang lebih agresif di bahagian luaran.
Kia memetik beberapa elemen yang ada pada SUV kecil Seltos untuk dipakaikan pada Sorento, termasuklah gril hidung harimau, lampu utama yang lebih tajam serta rekaan bumper yang lebih agresif.
Kedudukan lampu nyalaan siang LED juga diposisikan rendah, dan kelihatan lampu kabus dengan rekaan menegak di bahagian bumper.
Berdasarkan imej yang terbocor tempoh hari, rekaan papan pemuka juga turut menerima kemas kini dengan penampakan skrin besar di tengah, butang kawalan yang diapit oleh corong pendingin hawa, dan kehadiran tombol gear berputar seakan unit yang terdapat pada Range Rover.
Kia Sorento 2021 dikhabarkan akan diperkenalkan secara rasmi pada acara Geneva Motor Show pada Mac ini.
Sumber imej: CarScoops