Mazda CX-90 2024 bakal menjadi model pertama Mazda yang ditawarkan dengan trenkuasa PHEV untuk pasaran seluruh dunia.
Imej tersebut menunjukkan reka bentuk bahagian belakang dan lencana 'Inline 6', tetapi tidak dapat dipastikan sama ada ianya untuk varian PHEV atau varian berbeza.
Sebelum ini, Mazda mengeluarkan model CX-60 yang dikuasakan oleh enjin 4 silinder 2.5 liter dipadankan dengan trenkuasa PHEV menghasilkan sehingga 323 HP dan 500 Nm.
Mazda dilihat sedang rancak membangunkan pelbagai model crossover termasuk CX-50 hinggalah CX-90, berbanding Mazda 6 yang sebelum ini dirancang untuk menggunakan enjin 6 sebaris dengan pacuan roda belakang.
Sumber: motor1.com