Indonesia permudah pinjaman bagi pembeli kereta elektrik

oleh Mohamad Hanif|
Kerajaan Indonesia telah melonggarkan syarat pinjaman bagi pembelian kenderaan elektrik, serta pinjaman perniagaan yang berkaitan dengan pembuatan EV bagi meningkatkan pelaburan di dalam sektor tersebut.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Menurut kenyataan pihak berkuasa perkhidmatan kewangan (OJK) pada Jumaat lalu, pihaknya telah mengurangkan syarat peraturan penilaian kredit dan pengiraan risiko pinjaman terhadap pembeli EV, serta kepada industri pembuatan bateri dan komponen.

Selain daripada itu, pinjaman yang berkaitan dengan pembangunan infrastruktur seperti stesen pengecasan juga mungkin akan dikecualikan daripada had yang ditetapkan oleh OJK.

Langkah yang diumumkan ini adalah selaras dengan peraturan 2019 bertujuan untuk merancakkan lagi pembangunan industri kenderaan elektrik domestik.

Indonesia amat berminat untuk mewujudkan industri rantaian bekalan nikel domestik penuh, bermula daripada pelombongan bijih, mengekstrak nikel yang digunakan pada bateri EV sehinggalah kepada pembinaan EV.

Malah, tahun ini sahaja Indonesia telah menghentikan eksport nikel yang tidak diproses bagi memastikan bekalan nikel diproses sepenuhnya dalam negeri, termasuklah untuk kilang bateri yang sedang di dalam fasa pembangunan.

Sumber: Reuters

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam kenyataan itu, Chery menekankan komitmennya untuk memastikan keselamatan pelanggannya dan…
Berita Global
Ujarnya yang dikenali sebagai Ummu Hani itu lagi, banyak implikasi buruk berlaku sekiranya jalan…
Berita Global
Aion akan berkolaborasi dengan Indomobil Group yang berpengkalan di Jakarta untuk memasang EV di…